DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, September 25, 2011

BSK 233. Undang-undang Allah SWT atau Lord Reid

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mari kita hayati dengan penuh keinsafan kata-kata pemimpin utama negara kita berkaitan dengan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Najib Razak"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Laporan penuh: PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia.

Terasa semacam ada perasaan sombong bila kita, makhluk Allah Taala mengakui pada hakikatnya kita menerima hukum hudud adalah undang-undang Tuhan tetapi perlaksanaannya dikatakan perlu berpaksikan realti.

Masyarakat majmuk?

Terasa seperti ada perasaan bangga bila kita mengakui undang-undang sedia ada, yang datang dari pemikiran Lord Reid. seorang manusia ciptaan Allah Taala, juga seorang bukan Islam berupaya mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda kita.

Agama Islam? Nyawa umat Islam? Akhlak umat Islam? Harta benda umat Islam?

Kita mengangkat dan memertabatkan undang-undang Lord Reid, seorang manusia bukan Islam lebih tinggi dari undang-undang Allah SWT.

Adakah jauh didalam hati, kita terasa Allah Taala bersifat lemah?

Adakah jauh didalam hati, kita terasa Allah Taala tidak mampu mentadbir hal ehwal dunia dan seluruh isinya?

Cuba kita hayati ayat dibawah ini.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

[Surah Al-Fatihah: ayat 1-7]

Fikir-fikirkan…..

Menarik untuk dibaca:
Takut hudud Ibarat takut 'hantu'.
Hudud: Pemuda PAS Kelantan sokong Khairy.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, kerana itu masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi tentang keesaanMu. Kami meridhai Allah sebagai Tuhan, kami meridhai Islam sebagai Agama, dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India