DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, September 18, 2011

BSK 229. Hasan Ali bersama ulama

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dr Hasan Ali

Datuk Dr Hasan Ali dilihat seolah-olah seorang tokoh yang penuh kontrovesi dalam barisan exco Kerajaan Selangor.

Satu ketika dahulu, beliau bersama dua rakan, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (perunding motivasi dan keluarga) dan Datuk Ustaz Ismail Kamus (ustaz, pendakwah dan ahli politik) telah menaikkan rating siaran Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

Rancangan tersebut diminati ramai dan memang ditunggu-tunggu siarannya.

Ketiga-tiga mereka dilihat begitu serasi dan mampu menarik minat umum dengan gaya mereka yang bersahaja tetapi menarik.

Sememangnya kami salah seorang yang mengikuti rancangan tersebut dan menyukai ketiga-tiga mereka.

Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
Abdul Rahim Sabri Sep 17, 11 5:30pm

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.

Sehingga kini kami masih menghormati ketiga-tiga mereka.

Insya’allah, kami berkeyakinan Datuk Dr Hasan Ali akan tetap istiqomah dan berjuang bersama PAS seperti Datuk Ustaz Ismail Kamus.

Jika beliau mencari ‘habuan dunia’ sudah tentu beliau tidak akan menyertai PAS.

Lebih menguntungkan beliau menyertai parti politik selain PAS atau kekal sahaja dalam perniagaan.

Cumanya bila pula Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah akan menyertai rakan-rakan?

Adakah belum sampai “seru”? Seramnya!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari godaannya baik tiupan atau hembusannya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India