DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, September 18, 2011

BSK 230. Tidak kepada 1kewarganegaraan 1undi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed dilaporkan berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

[PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh.]

Adakah benar kata-kata beliau?

BangladeshaSheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Kami perbesarkan keratan untuk memudahkan bacaan:

Sheikh_Hasina

BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year. 

At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech. During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.

Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.

Today, Prime Minister’s office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian’s general election.

Another highly placed source from prime minister’s office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.

Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government’s initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.

Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.

Jika benar seperti yang diakui oleh PM Bangladesh itu….. well….. hmmm….. pihak mana sebenarnya begitu taksub dengan Putrajaya?

Pihak yang ingin mengambil kekuasaan di Putrajaya atau pihak yang mahu mengekal kekuasaan di Putrajaya?

Walauapapun….. janganlah kita, rakyat Malaysia dengan  sewenang-wenangnya membenarkan warga asing untuk menentukan siapa yang berhak menjadi pemimpin.

Mana-mana pihak yang mengarahkan, merestui, bersekongkol dan terbabit menjual kewarganegaraan Malaysia kepada warga asing untuk undi perlu disingkirkan.

Mereka-mereka ini pada hakikatnya tidak bermaruah dan tidak sayangkan negara.

Katakan tidak kepada 1kewarganegaraan 1undi!

Selamatkanlah Malaysia dari mereka-mereka yang tidak bermaruah dan tidak sayangkan negara kita ini.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami ditimpa penyakit, sedangkan Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India