DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, September 14, 2011

BSK 227. GST So Good

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kata-kata PM kita kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur:

“Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, katanya.

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.”

Laporan penuh: Najib: GST kemungkinan selepas PRU-13.

GSTGoods & Services Tax (GST) atau Cukai Barangan & Perkhidmatan yang akan diperkenalkan oleh rejim  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada kita, rakyat Malaysia selepas pilihan raya umum akan datang.

Apa itu GST?

GST adalah cukai penggunaan secara menyeluruh yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah bagi setiap peringkat rangkaian pengedaran.

GST dikenakan ke atas semua barang dan pekhidmatan termasuk yang diimport melainkan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan oleh kerajaan.

GST mempunyai satu mekanisme yang membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan secara automatik. Tuntutan dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung dengan cukai output yang dikutip.

Mengapa dilaksanakan?

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.

Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun, semenjak 52 tahun yang lalu. Pada tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987.

Pada masa ini, 40% daripada sumber pendapatan negara diperolehi daripada sector minyak dan gas. Keadaan ini menunjukkan sumber pendapatan negara yang agak sempit, dan tidak boleh bertahan dalam tempoh yang panjang.

Keadaan di peringkat sejagat pada ini telah bergerak ke arah sistem percukaian tidak langsung.

GST juga bagi mengatasi kelemahan yang berlaku dalam cukai jualan dan perkhidmatan.

Barangan & perkhidmatan yang kena GST dan sebaliknya?

Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

  • Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).
  • Selain daripada itu, barang yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. Ia juga selari dengan amalan di negara-negara lain.
  • Perkhimatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol lebuhraya juga tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Layanan yang sama juga diberi kepada perkhidmatan kewangan.
  • Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar).

[Rencana penuh: Pendirian FOMCA tentang cukai barang dan perkhidmatam (GST).]

Itulah serba sedikit yang kita, 28 juta rakyat 1Malaysia perlu tahu mengenai GST yang akan kita semua hadapi.

Kami mengandaikan GST ini kepunyaan rejim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau menggunakan istilah “kami” pada kata-kata beliau.

“Rancangan kami”, “defisit fiskal kami”, “serta kami akan dapat…..”.

Buat ketika ini barangan dan perkhidmatan asas dikecualikan dari cukai tersebut.

Adakah barangan & perkhidmatan asas tersebut akan kekal terkecuali  setelah mendapat mandat rakyat pada PRU13 nanti?

Janji sebelum PRU dan perlaksanaan selepas PRU berkemungkinan mempunyai berbedaan yang besar.

Well….. apo nak dikato.

Ayam So Good!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau sahaja yang kami sembah dan kepada Mu jua kami memohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India