Bismillah.
Assalamualaikum.
Esok, Sabtu, 09 Zulhijjah 1432H bersamaan 05 November 2011 merupakan Hari Wukuf.
Sesiapa yang berniat untuk menunaikan rukun Islam yang ke5 mesti berwukuf di Arafah.
Jemaah yang tidak berwukuf bererti tiada haji.
Itulah kepentingan berwukuf di Arafah pada jemaah yang telah berniat haji.
Kepada mereka-mereka selain dari jemaah yang berwukuf di Arafah seperti kita-kita ini digalakkan untuk berpuasa pada hari itu.
Ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT sememangnya amat besar sekali.
Seperti sabda Rasulullah SAW di riwayatkan oleh Imam Muslim bila Baginda ditanya tentang berpuasa di hari Arafah:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
Sememangnya ibadah sunat yang dilakukan oleh Nabi SAW dan digalakkan kita untuk melakukannya membawa kebaikan kepada umat manusia.
Setiap apa yang diajarkan oleh Baginda kepada kita memberikan ganjaran terbaik, baik puasa sunat, solat sunat, zikir dan lain-lain amalan.
Amal-amalkan.
Selamat berpuasa dan semoga apa yang kita lakukan ikhlas hanya kepada Allah sahaja.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami, puasa kami, permohonan kami dan amalan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.
Wassalam.
1 comments:
Terima-kasih atas petikan anda. Semuga ibadah & amalan baik kita diterima Allah SWT.
Catat Ulasan