Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ke-10 kita berpuasa. Dah sampai penghujung tahap pertama puasa kita ni. Semoga kita-kita ini cemerlang di tahap pertama ini dan diberi Allah SWT keberkatanNya dan akan semakin mantap bila memasuki fasa kedua dan ketiga nanti.
Hari ini nak cerita sikit pasal Al-Quran. Boleh!
Al-Quran kalam Allah dan mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Ianya cahaya dan petunjuk juga ubat kepada apa yang ada didalam hati manusia.
Yang mengingkarinya pasti binasa. Yang mencari ilmu selain darinya akan sesat.
Yang beriman padanya mendapat taufik. Yang berpegang teguh padanya mendapat hidayah dan yang mengamalkannya beruntung dan berjaya.
Kami nak share sebuah hadith mengenai Al-Quran. Untuk difikir-fikirkan oleh kita semua. Jom ikut…..
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti.
- Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
- Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.
- Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu') dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
- Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.
Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)”.
- Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia.
- Di samping itu al Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah.
- Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam).
- Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.
Begitu hebat dan ajaib Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT untuk umat manusia.
Ramadan bulan Al-Quran. Banyakkan membaca dan mentadabburkannya.
Memahaminya membawa kebaikkan kepada kita di dunia dan di akhirat dan menjaga kita di dunia dan di akhirat.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, bukakanlah keatas kami hikmatMu dan limpahilah keatas kami kazanah rahmatMu. Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan