Bismillah.
Assalamualaikum.
Penjawat awam akan dikurangkan pengambilannya tahun hadapan sementara sektor swasta akan memulakan persaraan 60 tahun pekerja mereka pada awal Julai 2013.
Laporan-laporannya…..
Pengambilan penjawat awam dijangka kurang tahun depan: Pengerusi SPA
PUTRAJAYA: Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam hari ini.
Secara purata, beliau berkata, SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.
"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang.
"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini, hari ini.
Bersara 60 tahun Julai depan
Putrajaya: Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang menetapkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun depan.
Bagaimanapun, majikan boleh menangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Disember 2013 dengan membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia sebelum 28 Februari tahun depan berserta alasannya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dalam satu kenyataan semalam, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja selain pelbagai agensi kerajaan berkaitan.
Itulah apa yang kami baca.
Kami dan wife menghadiri konvokesyen anak ke-3 di Shah Alam. Sidang ke-9 di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-77 pada 28/11/2012.
Sebelum sidang ditangguhkan ibu bapa dan hadiin di dewan konvo mendengar ucapan penutup dari Pro-Canselor Y Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub.
Didalam ucapannya dinyatakan jumlah graduan yang menerima ijazah dan diploma berjumlah 27,626 orang. Satu peningkatan yang sememangnya besar.
Itu baru jumlah graduan yang keluar dari UiTM. Belum lagi graduan-graduan yang keluar dari IPTA yang lain. Itu belum dikira jumlah graduan yang menuntut di IPTS. Dimana bilangan IPTS sememangnya banyak di negara kita ini.
Sektor swasta akan mengikuti sektor awam menuju persaraan umur 60 tahun. Ketika ini secara umumnya umur persaraan bagi sektor swasta ialah apabila pekerja mencapai umur 55 tahun.
Anak-anak muda akan berada didalam situasi persaingan sengit untuk jawatan atau pekerjaan di kedua-dua sektor.
Lulusan SPM dan SPTM perlu bersaing dengan lulusan IPT. Kelompok ini perlu pula bersaing dengan pak cik2 dan mak cik2 dan juga atuk2 dan nenek2 yang mahu atau perlu atau terpaksa bekerja sampai umur subsidi.
Bila masanya pula anak-anak muda ini akan mendapat peluang untuk memulakan kehidupan mereka sendiri.
Dalam keadaan ekonomi dan isu sosial ketika ini kami seram memikirkan masa depan dan nasib anak-anak muda kita ini.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, sekiranya rezeki kami ada di langit maka turunkannya. Jika ada di bumi keluarkannya. Jika adanya jauh maka perdekatkannya dan jika adanya hampir maka permudahkannya. Amiiin.
Wassalam.
1 comments:
zaman sekarang golongan muda berdepan cabaran hebat... segulung ijazah tak menjamin masa depan... kerjaya yang lebih anjal seperti menceburi bidang perniagaan adalah lebih relevan.. kunci kepada masalah semasa adalah perniagaan.. walaupun sekecil2 perniagaan.. kerana kerja makan gaji semakin kurang penawaran oleh majikan... kurang lebih mentaliti rakyat malaysia juga terlalu over demand untuk memlih sektor pekerjaan.. oleh >> tak pernah mkn duit mak ayah <<
Catat Ulasan