DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Februari 21, 2013

BSK 347. Surau Al Falah Kg Bkt Dukung Kajang - pelaburan amanah saham akhirat

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jemaah Surau Al Falah Kg Bkt Dukung memerlukan bantuan dari kita semua. Bantuan yang merupakan pelaburan yang menguntungkan. Istilah ketika ini pelaburan amanah saham. Amanah saham akhirat dimana Allah SWT menjadi penjamin dividen atau ganjaran yang bakal diterima.

Al Falah

Oleh kerana keadaan surau yang sudah uzur dan telah digunakan hampir 35 tahun, pihak jawatankuasa surau telah sebulat suara memutuskan untuk meroboh dan membina semula bangunan sedia ada yang didalam keadaan uzur terutama komponen kayu yang mula mereput.

Surau yang digunakan sejak tahun 1978 itu telah dirobohkan pada 7hb Februari 2013.

Anggaran kos pembinaan adalah mencecah RM700,000 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH RATUS RIBU SAHAJA). Setakat ini jumlah kutipan dari ahli kariah, Alhamdulillah, telah melepasi RM95,000. Namun, jumlah ini terlalu jauh untuk mencecah kos kesuluruhan pembinaan.

Justeru itu pihak jawatankuasa merayu agar dengan kemurahan hati dan sifat-sifat dermawan kita semua untuk menyumbang demi menjayakan impian untuk menegakkan sebuah rumah Allah untuk dijadikan sebagai pusat ibadah dan riadah.

Insya’Allah surau dijangkakan boleh digunakan menjelang Ramadan 1434H ini iaitu Julai 2013.

Semoga Allah memberi ganjaran yang melimpah ruah diatas sumbangan kita semua. Untuk maklumat lanjut sila klik paparan banner kat sudut atas blog kami.

Untuk makluman semua, pengerusi Surau Al Falah ni adalah salah seorang teman sebilik kami semasa menunaikan haji sessi 2004 dahulu. Kami masih mengekalkan tali silaturrahim yang terbina sehingga kini.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian. Ya Allah, teguhkan pendirian agama kami, beratkan timbangan amalan kami, tegakkan iman kami, tingkatkan darjat kami, terimalah solat kami dan ampunkan dosa kami. Ya Allah, kami pohon kepada-Mu darjat-darjat yang tinggi di syurga. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India