DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Disember 03, 2010

BSK 145. Rezeki Allah Melalui KM Pulau Pinang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Anggota awam Pulau Mutiara dapat bantuan khas RM800 dari Kerajaan Negeri. Jom kita baca…..

Kerajaan DAP Pulau Pinang beri sumbangan RM800 kepada anggota awam

December 02, 2010

GEORGE TOWN, 2 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. – Bernama [Malaysian Insider]

No0927

Pemerintah yang prihatin dengan situasi anggota perkhidmatan awam. Kami bersetuju dengan pemberian itu. Sedikit sebanyak wang yang diberikan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang akan mula bersekolah awal tahun depan.

Pemberian itu juga akan menjadi pendorong untuk anggota perkhidmatan awam negeri memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan negeri.

So….. semoga Allah SWT memberi kita ilham untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang telah dianugerahi kepada kita dan dimasukkan kita dengan rahmat-Nya kedalam golongan hamba-Nya yang soleh. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India