DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Disember 15, 2010

BSK 151. Mengaku Salah Dapat 50% Diskaun

Bismillah.

Assalamualaikum.

Mungkin belum terlambat untuk kami sebagai rakyat Malaysia memberikan pendapat mengenai isu diskaun ini.

IMG_0259 2

YES! Hebat diskaun yang diberi. Ramai yang akan tertarik dengan tawaran yang diberi. Jom kita baca dulu lapurannya:

Mahkamah akan laksana 'tawaran mengaku salah'


Hafiz Yatim
Dis 13, 10
12:45pm

Konsep 'tawaran pengakuan bersalah' - yang memberi pengurangan 50 peratus hukuman maksimum bagi mereka yang mengaku bersalah - akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

NONEZaki (foto tengah) berkata ia akan dilaksanakan ke atas pesalah kali pertama dan bertujuan untuk mempercepatkan penyelesaian kes jenayah.

Pada masa ini, tambahnya, taklimat mengenainya sedang diberikan kepada para hakim, peguam dan juga (bahagian) pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

Zaki memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di persidangan kedua hakim-hakim 2010 di ibunegara hari ini.

Menurutnya lagi, satu sesi diadakan dalam persidangan hakim-hakim, untuk memberi taklimat kepada hakim-hakim mengenai pindaan terhadap Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Persidangan tiga hari akan dihadiri oleh 128 hakim dan pesuruhjaya kehakiman dan hakim. Ia dijalankan secara tertutup.

Pindaan terhadap CPC telah diluluskan oleh Parlimen Jun lalu dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, ianya belum dilaksanakan, sementara menunggu pertimbangan lanjut Pejabat Peguam Negara serta Jabatan Perdana Menteri.

Macam Year End Sales (YES) dan juga tawaran-tawaran membeli belah semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

PDRM memulakan tradisi memberi ‘diskaun’ ini berhubung dengan saman trafik. Mahkamah pulak nak tumpang semangkuk?

Pada pendapat kami, jika ianya dilaksanakan akan berlaku lebih banyak jenayah terancang di masa hadapan. Dan kita akan dapati begitu ramai pesalah pertama yang melakukannya atau mengakui melakukannyanya.

Macam undang-undang ini satu perkara yang boleh dipermain-mainkan. Boleh membuat perubahan mengikut citarasa.

Mereka-mereka yang mengutarakan perkara ini adalah Melayu dan Islam. Kenapa tidak mahu mengikut undang-undang Allah SWT sahaja? Ini yang memedihkan.

Dengan mengunapakai undang-undang buatan manusia ini, pesalah mendapat hukuman 2 dalam 1.

Untuk satu kesalahan. Pertama mendapat hukuman di dunia dan kedua hukuman di akhirat. OK, boleh ‘plea bargain’ di dunia. Boleh kita berbuat demikian di hadapan Allah SWT nanti?

Allah SWT tidak mengikhtiraf hukuman buatan manusia dilaksanakan di mukabumi-Nya ini. Kita terpandai pulak melaksanakannya. Nauzubillahi min zalik.

So….. semoga Allah SWT melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India