DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Disember 05, 2010

BSK 146. Harga Manusia

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kenapa kita dihidupkan oleh Allah SWT? Untuk apa kita dihidupkan? Kemana arah tuju hidup kita?

Pandangan kami?

Kita dihidupkan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di mukabumi ini. Kita dihidupkan untuk  menjalankan dan menghidupkan syariat Allah Taala di mukabumi ini. Arah tuju hidup kita adalah untuk mendapat keredaan Allah Taala di dunia ini dan berbahagia di akhirat.

No0967

Harga manusia di dunia ini?

Mungkin RM5.1 juta setahun! Sanggup berbuat apa sahaja untuk tuan-tuan mereka. Berpegang kepada amanah yang diperuntukkan oleh tuan-tuan mereka.

Cuba digunakan akal yang dikurniakan Allah Taala untuk memakmurkan rakyat dan negara.

Jom baca ceritanya:
Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai
Mengfaraidkan harta awam

Harga manusia di dunia ini?

Mungkin kekayaan dan kekuasaan! Sanggup menzalimi rakyat dengan kenaikkan harga barang-barang keperluan. Apa yang diutamakan pembangunan material. Pembangunan akidah dan akhlak merundum.

Cuba digunakan kekuasaan yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk memakmurkan rakyat dan negara dan membangunkan akidah dan akhlak rakyat.

Jom baca ceritanya:
Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal
Anwar: Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?

Harga manusia di dunia ini?

Mungkin mencari pengaruh untuk dipandang mulia? Sanggup berkata apa sahaja. Menegakkan kata-kata yang terlalu taksub dengan satu bangsa.

Cuba digunakan pengaruh kurniaan Allah Taala yang ada untuk mengajak rakyat hidup bersatu padu.

Jom baca ceritanya:
Ketuanan Melayu, mengikut takrif Ibrahim Ali
Jom juga baca komen ini:
Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

Jom kita mencari keredaan Allah SWT, untuk kebaikkan dan kesejahteraan kita dan keluarga.

So….. semoga Allah SWT mengampuni kita dan memberi rahmat kepada kita dan menjaga kita dari termasuk kedalam golongan orang-orang yang rugi. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India