Bismillah.
Assalamualaikum.
Perdana Menteri Malaysia membuat satu pengumuman penting semasa berucap melancarkan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu, Sabah.
Perdana Menteri Malaysia itu telah berjaya membuat transformasi yang membanggakan rakyat negeri Sabah.
Beliau telah mentransformkan negeri Kelantan menjadi negeri paling miskin di Malaysia dan meletakkan kedudukan Sabah di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin.
Sabah sudah berganjak daripada status negeri termiskin di Malaysia susulan pelbagai pembangunan dibawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia itu.
Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia dengan pencapaian yang sungguh membanggakan seluruh takyat Malaysia terutama orang Melayu dan khasnya warga Sabah.
Orang Kelantan jangan makan hati dengan kejayaan Perdana Menteri Malaysia itu.
Tidak ada kepastian samada negeri Kelantan majoritinya orang Melayu atau tidak.
Yang mentadbir negeri Kelantan itu bukan orang Melayu ke?
Seperti yang diketahui umum, negeri Kelantan memang tidak ada majoriti orang Melayu sudah lebih 20 tahun.
Tidak ada majoriti orang Melayu yang mengundi parti Perdana Menteri Malaysia itu di Kelantan.
Kerana tidak ada majoriti orang Melayu yang memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, negeri Kelantan dan rakyatnya telah dinafikan hak untuk mendapat royalty minyak untuk sekian lamanya.
Tidak seperti negeri Sabah, negeri yang dikatakan salah satu ‘deposit tetap’ kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, yang setiap tahun menerima royalty minyak.
Negeri yang mendapat royalty minyak dan pelbagai pembangunan dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia.
Secara logiknya Sabah (dan rakyatnya) telah berada dikelompok 5 negeri terkaya di Malaysia semenjak dulu lagi. Bukan ditengah-tengah dan pastinya bukan yang tercorot.
Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, bentangkanlah kepada kami sebahagian daripada keberkatanMu, rahmatMu, kelebihanMu dan rezekiMu. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami dari golongan orang yang cerdik. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan