Bismillah.
Assalamualaikum.
Rakyat Malaysia telah mengetahui dengan jelas imbuhan yang ditetapkan oleh kerajaan negara jiran untuk warga mereka yang diambil masuk kedalam rumah-rumah kita rakyat Malaysia ini.
Dikatakan syarat-syarat itu telah dipersetujui oleh Pasukan Petugas Bersama (JTF) kedua-dua kerajaan.
‘Pengurus-pengurus peribadi’ yang menguruskan empat tugasan khusus iaitu pengurusan dapur, bayi, warga emas dan rumah.
Setiap seorang pengurus peribadi berkenaan akan mendapat imbuhan minimum yang ditetapkan iaitu RM700/bulan.
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat secara otomatiknya akan mendapat maksima empat, ya 4 anak atau kakak atau mak cik atau kombinasi itu didalam rumahtangga mereka. Kita memberi makan minum, penginapan, kemudahan utiliti, dan paling mengujakan, kita juga menghulurkan wang saku RM2,800/bulan kepada mereka untuk semua itu.
Seronok dan semakin meriah rumahtangga kita jadinya nanti. Hmm…..
Ada surirumah yang dengan sebab-sebab tertentu menjaga bayi dan kanak-kanak di rumah. Tidak perlu kita pertikai samada mereka rela atau tidak melakukan perkara itu. Samada ianya menjadi kerjaya sambilan atau mereka membantu kawan-kawan atau saudara mara atau anak-anak mereka sendiri.
Selain menjaga dan mengasuh, mereka juga menyediakan makanan dan kekadang membasuh untuk anak-anak yang berada dibawah bumbung mereka.
Anak-anak ini juga menggunakan kemudahan yang ada didalam rumah penjaga atau pengasuh berkenaan.
Adakah surirumah-surirumah ini boleh diberi imbuhan seperti yang diterima oleh pengurus peribadi warga asing?
Surirumah-surirumah ini juga memberikan hasil kerja yang sama seperti warga asing berkenaan.
Mungkin boleh diwartakan untuk diberi jumlah yang berpatutan dari nilai imbuhan mengikut tugasan khusus yang dilakukan.
Mungkin sedikit sebanyak membantu keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3k sebulan untuk mendapat keselesaan hidup.
Juga membolehkan ibu-bapa yang masih sihat untuk menjaga cucu-cucu mendapat pendapatan tetap.
Kerana trend yang semakin diterimapakai ketika ini ialah ibu-bapa menjaga cucu untuk membantu anak-anak membina dan meneguhkan keluarga masing-masing.
Di zaman ini tahap pendidikan menjadi penentu kerjaya dan karier seseorang. Baik lelaki mahupun perempuan.
Bila anak dan menantu, kedua-duanya berpendidikan dan berkerja dan sedang membina kerjaya dan memperteguhkan tahap ekonomi mereka maka anak-anak kecil dan yang masih bersekolah perlu ada penjaga atau pengasuh.
Ada dua pilihan yang boleh diambil. Menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau mengimpot pengasuh warga luar.
Diberi pilihan ibu-bapa akan memilih option ketiga. Opah! Huhu.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon perasaan redha keatas ketetapanMu. Ya Allah, kami memohon campakkanlah rasa cukup dengan rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan berkatkanlah apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan gantikanlah apa yang telah hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik di sisiMu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan