Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini 05/04/2012 hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke25 tahun.
Tetapi tak ada sambutan istimewa pada hari ini. Anak number 3 dan number 4 sahaja yang ada kat rumah. Number 1 sedang bertungkus-lumus dengan exam. Yang number 2 ada semester pendek.
Tapi wife dengan number 3 dan 4 tengah kat dapur ketika ini. Terdengar kelentang kelentung dari sana. Nak buat kek pisang. Esok pula kek karot.
Hari tu balik kejap kat kampong, ibu mertua ku beri dua sikat pisang. Semalam kami beli karot kat Tesco.
Kek homemade memang terbaik.
Sebaik detik 12 malam, wife menerima sms dari seorang yang memang kami sekeluarga gemar dan senangi. Sms dari Meru yang mengucapkan selamat ulangtahun. Terima kasih Kak Ya. Hmmm…..
Anak-anak memang dah berikan ucapan. Terima kasih. Sayang kamu semua.
Well….. bila semua dah ada kat rumah baru nak fikir apa hendak dilakukan seterusnya. Buat masa ini relak dulu.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon peliharalah diri kami, harta kami dan agama kami. Ya Allah, jadikanlah kami redha dengan penentuanMu dan berilah keberkatan kepada kami pada perkara-perkara yang ditetapkan bagi kami agar kami tidak suka menghendaki sesuatu yang Engkau lambatkan serta tidak pula suka melambatkan sesuatu yang Engkau segerakan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan