DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, April 26, 2012

BFK 183. PLKN atau matrik

Bismillah.
Assalamualaikum.

Anak bongsu kami terpilih dan akan menyertai kem latihan PLKN di Port Dickson. Tempat berkumpul berdekatan  Stadium Paroi pada 01/05/2012 ini.

Kami berharap beliau mendapat tempat di Mantin. Kem di Mantin ini paling dekat dengan rumah kami.

Untuk memastikan pelatih benar-benar fit untuk menyertai latihan, mereka diminta untiuk menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan berhampiran.

Jadinya, Isnin lepas kami meluangkan masa membawa anak kami itu ke Pusat Kesihatan S2.

Kami tiba lebih kurang jam 8.15am. Turunkan anak kat pintu masuk klinik dan terus ke tempat parking. Parking memang penuh. Tak ada pula orang yang nak beredar keluar. Dekat 15 minit menunggu tu diaaa, sekali tiga kereta keluar. Hmm…..

No2022Destinasi pertama kami, tempat pendaftaran. Ramai yang sedang mendaftar. Berbagai bangsa yang mengunjungi pusat kesihatan ini. Semua menunggu dengan sabar. Untuk mendapatkan nombor bilik rawatan.

No2023Setelah selesai urusan pendaftaran, kami beredar ke destinasi kedua, klinik pesakt luar. Bilik nombor 3. Segala dokumen diletakkan dalam kotak yang disediakan.

1st check-up kat sini. Seterusnya diarahkan ke makmal dan  pusat x-ray. Kemudian ke bilik 6.

Terasa seakan lama kami berdua akan berada kat sini.

No2024Sampai kat makmal, destinasi ketiga. Dokumen diri diletakkan di kotak yang disediakan.

Anak kemudian diberikan bekas kecil. Untuk ujian air kencing. Keputusan ujian dalam masa 30-60 minit. Duduk lagi. Menanti.

Lepas sorang-sorang menerima keputusan. Tinggal kami berdua masih menanti.

Sememangnya penantian satu penyeksaan.

Sekian lama menunggu, nurse kat dalam melaung kat anak kami, “Adek tunggu apa?” Anak menjawab, “Keputusan ujian”.

Don’t know why, nurse termiss keputusan ujian anak kami.

No2025Seterusnya….. pusat x-ray. Bersebelahan makmal.

Ada seorang pesakit sahaja kat dalam. Kami diminta menunggu seketika.

Beraircon. Selesa dan nyaman. Boleh bertukar-tukar kerusi. Sempat menonton TV lagi.

Pegawai bertugas tiba dan meminta borang permohonan x-ray. Doktor kat bilik 3 tidak memberi borang tersebut. Pegawai itu menerangkan bahawa jika doktor tidak memberi borang bermakna   x-ray tidak diperlukan.

Selesai! Kami kembali ke klinik pesakit luar. Kali ini ke bilik nombor 6. Kami mengandaikan doktor kat situ akan meneliti laporan yang di terima dan membuat rumusan. Dan yang penting menyain borang yang disediakan oleh pihak PLKN.

Baru je melabohkan ponggong kat kerusi, anak keluar dari bilik 6 dan berkata, “Check gigi”.

No2026Klinik Pergigian, destinasi yang tidak dijangkakan. Di tingkat 1.

Kena daftar sekali lagi kerana klinik ini tidak menggunakan borang pendaftaran klinik kesihatan.

Tidak berapa ramai pesakit yang ada kat sini.

Sekejap je anak berjumpa doktor gigi. Menurut dentist, gigi anak ok.

Kami kembali semula ke bilik 6.

Kami ikut anak sahaja ke destinasi yang dinyatakan. Jumpa doktor dia seorang diri sahaja.

Lebih kurang jam 11.15am selesai urusan.

Walaupun jam 11.00am lebih tetapi terasa tersangatlah hausnya. Jadinya kami ke destinasi terakhir. Pekena nescafe ais sekejap kat kantin pusat kesihatan tu. Anak minum air kotak.

Kow! Kurang manis dan terasa kepekatan nescafe.

Jam 12.00pm kami tiba kat rumah.

Terkini kami tidak pasti samada anak kami akan menghadiri latihan PLKN ini. Beliau telah menerima tawaran belajar di Pusat Matrik Kuala Pilah. Pendaftaran 28/05/2012.

Tetapi dari apa yang kami dengar, anak masih perlu masuk ke kem terlebih dahulu. Dan minta pelepasan dari komandan kem untuk sambung belajar.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tiada yang boleh menahan apa yang Engkau beri dan tiada yang boleh memberi apa yang Engkau tahan. Amin.

Wassalam. 

1 comments:

Den berkata...

Kalau dah dapat tawaran Matrikulasi, boleh buat penangguhan PLKN. Isi surat penangguhan hantar terus ke MLKN. Untuk maklumat lanjut hubungi PLKN Kuala Lumpur. Siaran akhbar pun dah keluar isu ini, mereka yang dapat tawaran Matrik atau Tingkatan 6, boleh tangguh PLKN dengan isi borang penangguhan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India