DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, April 19, 2012

BFK 182. Tetamu hujung minggu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Wife mengandaikan kediaman kami akan menerima tetamu dari sebelah dia hujung minggu ini.

Ibu, keluarga abang dan keluarga adik wife akan datang berziarah. Tujuan utama sanak-saudara wife ke Seremban untuk menziarah besan ibu mertua kami, Wak Sulyati yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.

Kami dah menziarahi Wak Sul bersama abang ipar.

No2020

No2021Memang sesak kawasan hospital tu. Kat tepi-tepi jalan memang ada sahaja kereta yang di parking. Tidak ada sedikit tanah kosong yang tidak ada kereta.

Kami parking kereta kat kawasan parking paling belakang hospital tu. Itu pun bukan dalam petak parking tapi kat susur jalan keluar. Kereta kecil. Senang di parking. Alhamdulillah tidak menghalang kenderaan lain untuk bergerak.

Hendak ke tingkat 6 dimana pesakit berada juga merupakan satu cabaran. Dari kawasan parking, menaiki tangga pertama dan kedua, melalui cerunan dibelakang kawasan forensic dan tangga ketiga. Baru sampai kawasan datar ke blok wad pesakit.

Boleh tahan ramai pelawat di ruang lift. Kami memilih menunggu lift kerana dah penat berjalan.

Sampai tingkat 6 dah ramai saudara-mara besan ibu mertua kami disana. Kami beredar keluar. Wife menunggu kat dalam wad.

Kami berbual dengan anak-anak dan sanak-saudara wak itu kat luar wad. Sesekali kami kedalam wad, melihat perkembangan disana. Kami berada disana sehingga habis waktu melawat.

Perjalanan balik kurang sedikit cabarannya. Turun lift, menuruni tangga, cerun, tangga dan tangga lagi.

Sampai kat kawasan parking abang ipar beri kunci kereta kat kami. Dia pening kepala. Mencabar kot treking dari tempat parking ke wad dan balik semula dalam cuaca panas.

No problem. Kereta Kelisa. Kami dah biasa dengan Kancil. Laju je sampai rumah.

Berbalik tentang tetamu, Ustaz Ali yang mengajar bab akidah kat surau taman kami mengatakan ada hadis mengenai tetamu yang menyatakan tetamu datang membawa rezeki kepada tuanrumah dan mereka keluar membawa keburukan dari rumah tuanrumah.

Kami ada juga terbaca mengenai kisah Saidina Ali yang merasa gelisah dan tidak keruan jika rumah beliau tidak didatangi tetamu.

Kerana ditakuti rumah yang tidak didatangi tetamu putus rezekinya.

Kita dianjurkan untuk menghormati tetamu. Memberi layanan dan keselesaan kepada tetamu mengikut kemampuan dan bukan berlebihan sehingga menjadi bebanan pula kepada kita.

Wallahualam.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon berikanlah kepada kami kesihatan dan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah kami memohon perasaan redha keatas ketetapanMu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India