Bismillah.
Assalamualaikum.
Waktu sebegini kami kerap menerima sms, panggilan talipon dan surat. Nak kata terlalu banyak tu bohong pula.
Tetapi kekadang tu memang malas melayan semua tu. Nak tidur sekejap waktu tengahari pun terbantut dibuatnya.
Menerima sms agak mudah nak diuruskan. Gunakan Mr De Le Te sahaja. Surat pun senang nak diuruskan kerana Mr. Tong Sam Pah sedia melayan kehendak kita.
Panggilan talipon tu yang stress sikit. Tak nak layan nanti dianggap kita tidak mahu meluangkan sedikit waktu untuk masa depan anak-anak.
Tulah cabaran yang kami hadapi setiap kali keputusan SPM anak-anak diumumkan.
Yang menghairankan siapa pula yang menjaja nama, nombor talipon dan alamat rumah kami.
Anak-anak tak pula memberikan butir-butir seumpama itu kepada mana pihak samada kolej atau orang persendirian. Butiran kami atau mereka sendiri.
Tu yang blur dibuatnya. Kerja siapa sebenarnya ni?
Pelbagai kolej menghantar surat tawaran untuk menyertai mereka. Ada yang menalipon memberi penerangan dan meminta ke pejabat mereka untuk memperolehi maklumat lanjut. Ada yang sms menjemput menghadiri hari terbuka kolej mereka.
Kolej-kolej ini bersaing untuk mendapatkan penuntut. Kami juga sedar bahawa persaingan untuk masuk IPTA sememangnya sengit. Ramai yang akan direject. Mereka yang direject inilah target kolej-kolej ini.
Kami faham bahawasanya kolej-kolej ini perlu proaktif. Bukan salah mereka kerana mereka pihak yang berniaga. Dan kami juga menyedari bahawa bidang pendidikan ialah satu perniagaan yang lumayan. Selain dari bidang kesihatan. Huhu.
Kuncinya PTPTN!
Well….. terpulang kepada anak bongsu kami itu dan apa yang telah dirancangkan oleh beliau dan apa yang telah diputuskan kepada beliau.
Walauapapun kami mengucapkan terima kasih kepada kolej-kolej yang telah bersusah-payah mengsms, menalipon dan menghantar risalah mereka kepada kami.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, tiada yang boleh menahan apa yang Engkau beri dan tiada yang boleh memberi apa yang Engkau tahan. Maka jangan biarkan kami bergantung kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata dan perbaikilah segala urusan kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan