Bismillah.
Assalamualaikum.
Malam tadi kami sekeluarga ke Restoran Nasi Arab Damsyik, Taman Bourgainvillea. Buat sekian kalinya.
Kekawan ada mengesyorkan restoran lain seperti di Desa Exora, Ampangan dan S2. Tetapi kami sekeluarga mempunyai, well….. susah nak kata, apa nama tu jika makanan yang dihidangkan itu sedap dan memenuhi cita rasa kami sekeluarga, susah kami nak melanggan di tempat lain. Kira kami akan ‘pajak’ Restoran Nasi Arab Damsyik ini walaupun orang kata tempat lain lebih sedap.
Ramai pelanggan berada kat sana. Tempat makan bersila full. Tak nak menunggu kerana semakin ramai pelanggan yang datang, kami duduklah kat meja yang disediakan. Betul-betul berhadapan tempat menyediakan air minuman.
Adek sorang ni sedang menyediakan minuman. Kami perhatikan, tak sempat nak senyum. Sibuk! Ramai pelanggan.
Kami mengorder yang biasa. Nasi berlauk ayam untuk wife, anak kedua dan ketiga. Besau ayam tu!
Nasi berlauk kambing untuk kami, anak sulong dan anak bongsu. Setiap pinggan ada tiga ketul kambing. Terbaik.
Memang kenyang semalam. Sampai tolak menolak lauk yang ada. Pertama kali tiada siapa yang mahu ayam atau kambing untuk dihabiskan. Empunya diri yang terpaksa selesaikan.
Siap makan jam 9.15pm dan kami terus membuat bayaran.
Kami perhatikan ada peningkatan harga kali ini. Kenaikkan sebanyak RM2/sepinggan. Air yang kami selalu order, shai ais kekal.
Boleh sesekali pergi makan kat luar, bukan tak boleh. Ada hari yang mahu diraikan boleh je pergi.
Apa pun homemade lebih special. Lebih murah dan jimat gitu.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, cukupkanlah kepada kami dengan rezekiMu yang halal, banyak, baik dan berkat. Ya Allah, perkayakanlah kami dengan limpah kurniaMu daripada meminta kepada yang lain daripadaMu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan