Bismillah.
Assalamualaikum.
Kat taman kami, Taman Bukit Kepayang 2 ada satu tempat yang memang menjadi tumpuan ramai. Setiap pagi dan petang memang sentiasa dikunjungi.
Memang sudah lama ianya dikenali dan menjadi tumpuan, cumanya kami sahaja yang tidak berkesempatan untuk singgah.
Dikalangan jemaah surau kami ianya dikenali dengan panggilan “bukit”.
Tempat penduduk taman dan taman-taman persekitaran melakukan riadah bersama keluarga.
Mendaki lereng bukit untuk mengeluarkan peluh dan meluang masa bersama keluarga. Ala-ala jungle trekking. Hujung minggu memang ramai. Pelbagai bangsa ada. Kecil besar tua muda.
Satu petang ni, anak sulong mengajak kami ke sana. Anak-anak tengah cuti semester.
Jom…..
Jalan masuk terletak diantara Kepayang Heights dan taman permainan.
Ada yang turun dan ada yang sedang mendaki. Seronok tu! Curam juga laluan ini.
Kami berdua belum sampai di puncak. Lokasi kami mengambil gambar ni halfway sahaja ke puncak.
Bukan tak hendak ke puncak, memang ada niat tetapi kaki rasa macam jelly bila mula bergerak. First time ni!
Anak sulong dah ada pengalaman mendaki kat sini. Nampak cool sahaja. Sempat menasihati ayahnya ni. Kalau tak larat sampai kat sini sahaja dulu. Esok-esok kita upkan tahap pendakian. Kami terima saranan abang dengan lapang hati. Hmm…..
Pemandangan di persekitaran laluan pendakian. Redup dan hijau.
Taman kami ini dulunya ladang getah. Kat atas bukit ini masih ada banyak pokok getah. Dan masih ada lagi pokok disini yang masih ditoreh. Oleh siapa? Tak dapat kami pastikan.
Yang mahu beriadah bersama keluarga bolehlah mencuba mendaki bukit kecil ini. Mencurah-curah juga peluh bila sampai kat tempat kami behenti ini.
Lupa nak beritahu, dilaluan itu ada tangga-tangga yang dibuat kat tanah, dibuat oleh mereka yang prihatin untuk kemudahan penggunjung.
Mai le cuba try test.
Kami akan update expedisi seterusnya dilain masa.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon berikanlah kepada kami kesihatan dan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan kelupaan, dengan berkat rahmatMu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan