DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Mei 23, 2012

BFK 190. Undangan Lubok Merbau dan Bukit Kepayang

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam kami menerima kad undangan majlis perkahwinan bekas rakan sekerja di Dayabumi. Beliau kini bertugas di Tower 2 KLCC.

No2109

Majlis perkahwinan Ana Umil Azizi @ Puteri Darwina Binti Zulkifly dengan Mohd Shah Bin Hasim. Kat opis memang kami panggil dia Umil.

Majlis pada hari Sabtu, 26/05/2012 di Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Orang Kuala!

Abah kami pun orang Kuala. Dari Kota Lama Kiri.

Kat taman kami ini ada juga undangan seumpamanya. Undangan Tuan Hj Baharuddin Ali, Imam 1 Surau At-Taqwa Taman Bukit Kepayang. Majlis perkahwinan dua orang anak beliau pada 27/05/2012.

Pada 17/05/2012 lalu telah diadakan majlis berkampong di rumah beliau. Membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan majlis berkenaan.

Telah diputuskan juga mereka-mereka yang diamanahkan untuk mengetuai tugasan-tugasan tertentu bagi menjayakan majlis tersebut. Kami pun terpilih juga.

Perancangan bermula pada 26/05/2012. Pada sebelah pagi kaum wanita akan memulakan tugas dengan menyediakan bahan-bahan memasak.

Lepas waktu Zohor baru bermula shift kaum lelaki. Potong memotong, basuh membasuh dan goreng-menggoreng bahan utama lauk.

Lauk pauk akan di masak pada sebelah petang.

Keesokkan harinya, sebelah pagi hari majlis, cuma memasak nasi sahaja.

Kaum belia pun ada tugasan. Membasuh pinggan dan gelas dan memastikan pinggan dan gelas bersih berada ditempatnya. Membersihkan meja. Menambah nasi dan lauk di pot hidangan.

Semua tugasan akan dilakukan secara gotong-royong. Alhamdulillah semangat itu masih ada di praktikkan kat taman kami. Sampai bila, kami tak pasti.

Kami tidak dapat ke Lubok Merbau tetapi kami mendoakan agar rakan sekerja kami itu dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat dan diberikan anak-anak yang soleh. Begitu juga kami doakan kepada anak-anak Imam 1 Surau At-Taqwa.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India