DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Mei 01, 2012

BSK 286. Doktor cabut semua gigi bekas kekasih pro tak pro

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak share laporan dari Berita Harian Online. Laporan dari Poland mengenai gelagat manusia. Jom…..

Doktor cabut semua gigi bekas kekasih

2012/04/30

WARSAW : Seorang doktor gigi di Poland berdepan hukuman penjara kerana mencabut semua gigi bekas teman lelakinya selepas lelaki itu meninggalkannya hanya beberapa hari sebelum itu.

Mangsa, Marek Olszewski, 45, ke klinik gigi tempat bekas teman wanitanya, Anna Mackowik, 34, bekerja akibat sakit gigi kerana menyangkakan wanita itu akan bertindak profesional dan melupakan tindakannya meninggalkannya, lapor akhbar Daily Mail.

Mackowiak memberi Olszewski ubat bius yang kuat dan memberitahu mulutnya akan berasa kebas dan tidak mampu merasa apaapa.

Doktor gigi itu turut membalut dagu Olszewski dengan balutan dan memberitahu bahawa beliau perlu berjumpa pakar.

Lelaki itu hanya tahu kesemua giginya tiada selepas pulang ke rumah lalu melihat dirinya di cermin dan menyedari wanita itu sudah mencabut semua giginya.

“Saya tidak meraguinya kerana saya sangkakan beliau akan bertindak sebagai seorang profesional,” kata Olszewki.

Mackowiak memberitahu Daily Mail bahawa beliau cuba menjadi profesional dan cuba mengenepikan emosinya.

No1903“Tetapi apabila nampak dia baring di kerusi, saya terus terfikir, ‘dasar si celaka ini’,” kata wanita itu.

Mackowiak kini berdepan penjara sehingga tiga tahun kerana mencabut kesemua gigi Olszewski.

Beliau disiasat kerana melanggar amalan perubatan dan mencabul kepercayaan pesakit, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Olszewski terpaksa membelanjakan kos besar untuk menanam gigi semula.

Tambahan kepada penghinaan kecederaan itu, teman wanita baru lelaki itu turut meninggalkannya dengan alasan tidak mahu bersama dengan lelaki tanpa gigi. – Agensi

Pada kami, kira pro le bekas teman wanita lelaki tu. Mencabut gigi sahaja mengikut profession beliau. Boleh juga ditanam semula.

Jika dia nak buat cerita lebih sensasi,  tentu dah di bius dan dicabut hingga ke akar umbi si ‘anu’ bekas teman lelaki beliau. Boleh ke ditanam semula? Pro tak pro.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, curahkanlah kurnia hidayahMu kepada kami untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik. Tidak ada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Engkau. Dan jauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatan dari kami dan tidak ada yang dapat menjauhkan kami darinya kecuali Engkau. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India