DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mei 19, 2012

BFK 188. Seremban-Banting-Batang Berjuntai

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ke bukit Selasa lepas, 15/05/2012. Untuk melepasi tahap kedua dan menawan puncak bukit buat kali pertama.

Kami dan abang melepasi tahap pertama. Berhenti sebentar untuk menarik nafas. So far so good.

Menapak lagi. Belum pun sampai ke tahap kedua dah mula terasa kepenatan. Terasa penat sangat bila mencecah kaki kat tahap tu.

Rasanya strain dari travel yang kami lakukan pada hari sebelum itu belum reda.

Hari Isnin kami dan abang ke Unisel Batang Berjuntai. Anak saudara seorang ini sedih bila menerima result semester akhir beliau. Dapat markah paling rendah dalam salah satu subjek yang diambil.

Anak saudara ini tinggal di Kampong Seri Cheeding. Kat Banting di Selangor. Perempuan. Anak kakak ipar.

Hari Sabtu sebelum itu kami sudah membuat temujanji dengan pensyarah subjek berkenaan.

Jam 8.00am kami bertolak dari Seremban ke Kampong Seri Cheeding, Banting. Route kami, Seremban-Bandar Enstek-Banting. Tiba Seri Cheeding dekat jam 9.30am.

Lepas minum pagi sekali lagi (kat rumah dah pun sarapan) jam 10.00++am kami memulakan perjalanan. Banting-Kelang-Meru-Unisel.

Seremban ke Banting memang banyak lori. Banting ke Batang Berjuntai menyaksikan lebih banyak lori

No2088

No2089

 

 

 

 

 

Memang kargo muat sendat. Satu cabaran untuk pemandu kenderaan ringan. Abang yang pandu, kami duduk sebelah. Anak saudara duduk belakang.

No2091

Kami tiba di Unisel dekat-dekat jam 12.00pm. Appointment jam 1.00pm. Kami ke bahagian kewangan dahulu. Anak saudara ada urusan yang perlu di selesaikan.

Kami berada di bilik pensyarah tepat pada masa yang ditetapkan. Ketika kami masuk, beliau sedang meneliti kembali rekod anak saudara kami.

Kami dengar sahaja sessi guru dan anak murid. Tak masuk campur kerana mereka lebih tahu.

Habis sessi itu baru kami tumpang sekaki. Cuma nak memastikan kami faham apa yang dibicarakan dan untuk wrap-up perjumpaan itu.

Memang ada kesilapan teknikal pada result anak sedara kami itu. Tersalah pandang. Result sebenar beliau lebih baik dari yang diterima.

Pensyarah berkenaan akan membentangkan untuk pindaan dalam mesyuarat bulanan Unisel. Baru boleh diformalised.

Alhamdulillah. Settled!

Lepas makan tengahari dan solat zohor kat Unisel kami memulakan perjalanan balik ke Banting.

No2092

Kelihatan menara Masjid India dibelakang kedai kain di Little India di Bandar Kelang.

No2093

Bila dah dekat kat Seri Cheeding, kami dapati lori ini dipandu laju. Tak tahu samada pemandu sakit perut atau ada kecemasan, tetapi tetap akan membahayakan pengguna lain.

Selepas menurunkan anak saudara, kami pulang ke Seremban. Kami sampai rumah, 5.30pm.

Penat duduk lama kat dalam Kancil. Selalunya kami yang memandu. Kaki boleh exercise, tekan minyak atau tukat gear. Bila duduk-duduk sahaja terasa kaki sengal dan badan kepenatan. Dah tua kot! Haha.

Lain kali kisah naik bukit kali ke4.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang tetap pendirian. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India