DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Mei 22, 2012

BFK 189. Memohon keberkatan Rejab

Bismillah.
Assalamualaikum.

Doa Bulan RejabHari ini 01 Rejab 1433H. Dikhabarkan kepada kita bahawa bulan ini bulan Allah SWT, bulan kemudiannya bulan Rasul-Nya dan kemudiannya lagi bulan umat Rasul-Nya.

Bulan Rejab ada Israk & Mikraj. Syaaban dengan Nisfu Syaaban dan Ramadhan ada Lailatul Qadar.

Perbanyakkan amalan kita di bulan-bulan ini dan selepas solat baca doa bulan Rejab diatas.

Habis mengenai bulan Rejab.

Malam Khamis lepas kami sekeluarga keluar untuk makan malam. Malas nak masak. Sekeluarga sibuk berkemas rumah.

Kami pun ke tempat biasa, Azila Tomyam kat S2. Tak ada rezeki, malam tu kedai tutup.

Kami menyimpang ke Jalan S2 F9, nak cuba kat Restoran Turbo yang baru pindah kat jalan ini.

Sepanjang jalan ini ada bangunan kedai-kedai baru. Kedai-kedai yang betul-betul betentangan dengan jalan ini bermula dengan Restoran S2 City Park (dari jalan besar) dan berakhir dengan BSN.

Memang sibuk jalan yang satu ini. Lurus dan membuat pengguna-pengguna jalan berdesup laju.

Kena berhati-hati bila perlu berurusan dikawasan ini. Masa hendak parking kenderaan atau melintas.

Kami sekeluarga menjamu selera kat sana. Sebaik habis makan terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dari luar.

No2106Dah sah ada kemalangan kat jalan tu. Antara motosikal dan kereta. Tercabut juga make-up kereta tu. Tak ada yang cedera. Tak pasti  salah siapa.

Pemandu kereta kecil kena extra careful bila keluar dari petak parking. Terutama bila kereta diapit oleh kenderaan besar. Seperti yang kami nyatakan, jalan lurus dan pengguna-pengguna jalaraya berdesup laju. Lori, kereta dan juga motosikal.

Pihak berwajib perlu mengambil tindakan untuk menghindari kejadian yang tidak diingini.

Berhati-hatilah kita semua.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India