Bismillah.
Assalamualaikum.
Nak sambung menyambung mengenai expedisi kat “bukit”. Kami berkunjung lagi kat sana.
Sengal-sengal kat peha dah hilang. Tu yang berani nak cuba try test upkan prestasi dulu.
Kami dan abang sekali lagi. Semalam. Kami masih tidak sampai ke puncak. Tapi melepasi tahap ketinggian yang terdahulu.
Kami share permandangan dari aras yang kami berhenti. Zass…..
Dari ketinggian itu baru kelihatan rumah-rumah di kawasan perumahan taman kami.
Cantik permandangannya. Kalau mata yang memandang tu tak rabun, akan nampak lebuhraya PLUS jauh kat belakang. Nampak tak?
Sebelum sampai kat perhentian kedua kami, ada cerun yang panjang dan curam, ada yang prihatin siap ikat tali untuk memudahkan pendakian.
Ni cerun yang akan memulakan pendakian kami seterusnya.
Insya’allah akan sampai ke puncak pertama yang pendaki-pendaki biasa macam kami sampai. Ada puncak kedua yang lebih tinggi, yang otai akan mendaki. Tu kami kena pelan-pelan sikit.
Untuk tiba kat ketinggian yang kami sampai tu adalah dalam 1/2 jam. Itu ikut tahap stamina kami. Yang otai rasanya 20 minit atau kurang dah sampai kat puncak. Ada juga yang berjogging. Itu dah terlalu otai.
Turun tak sampai 10 minit.
Pendakian tahap ketiga, dalam sehari-dua ini. Alhamdulillah, peha kami tak terasa sengal-sengal selepas expedisi kedua. Orait!
So….. ya Allah ya Tuhan kami, hiasilah diri kami dengan hiasan iman dan jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan