Assalamualaikum.
Berjumpa kembali. Buat masa ni saya belum nak sambung cerita yang sampai kat Terminal 1 Seremban. Nak sentuh sikit pasal siri Penunggu Gunung Raya kat TV3. Anak ke4 suka menonton siri ni. So.....join aje le. Dalam satu babak Khamis lepas atuk dan 3 cucunya diikat kat tiang. Dialog si malaun yang menangkap mereka ni saya rasa tidak sepatutnya diucapkan. Saya tak mahu sebut kat sini. Cuma seperti kaum2 nabi Nuh dan Nabi Lut yang meminta ditunjukkan bala Allah SWT. Saya tak pasti le samada boleh jatuh syahadah. Terpulang pada yang benar2 arif.
Ibu bapa saya masih disini sehingga malam Selasa ni. Kakak dan abang ipar akan datang mengambil mereka. By the way ibu bapa saya tinggal bersama kakak dan abang ipar kat Slim River.
Malam ni kami makan simple je. Lempeng (orang jawa fasih sangant benda ni). Rasanya orang putih kata pancake. Pancake ni...pancake pulak. Lempeng ni selain tepung gandum wife tambah oat. Lima lempeng kami tambah lagi dengan daun sup, daun bawang dan selabu bawang besar. Ulala baunya memang harum. Lima lagi biasa. Pekena dengan kari ikan cencaru lebihan tengahari tadi. Menjilat jari macam KFC.
Anak ke2 dan ke4 tengah tenguk rancangan mentor. Kami kat bilik. Lepas ni isteri nak surf web kesukaan dia "Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu" dan "Pengalaman di Kota Mekah" (ni pun saya suka). 1 laptop ni kami share 4 orang. Ada 2 PC tapi dan kondem.
So...........jumpa lagi.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan