Assalamualaikum.
Seminggu sekali surau ditaman kami mengadakan kelas pengajian menggunakan kitab Kisah Nabi2 Ibnu Kathir. Dah lebih setahun rasanya. Sekarang dah masuk kisah Nabi Yusuf AS. Ustaz yang mengetuai pengajian ini akan mengupas kisah2 dan ayat2 yang ada dan mengaitkan kisah2 dan ayat2 berkenaan dengan isu semasa. Tak kiralah samada politik ke, jualbeli ke dan lain2. Ada juga isu2 panas yang diselitkan. Saya bersetuju dengan contoh2 yang diberikan berhubung dengan kepimpinan negara. Ini kerana saya berpendapat contoh yang diberikan hendaklah merujuk kepada manusia samada pemimpin, alim ulama, polis atau sesiapa sahaja. Ini juga kerana pengajaran dari kisah2 ini untuk manusia bukan untuk haiwan. Jika terkena batang hidung kita, kita perlu ambil ikhtibar. Berubah jika perlu.
Ada juga hamba allah yang tidak setuju dengan cara ustaz ni membuat kupasan dan rumusan. Katanya mengarut je. Susah sebenarnya kita hendar menukar minta kita bila dah masuk kategori veteran ni. Minat masih terikat dengan bahan bacaan yang sama sejak dulu lagi. Tidak mahu membaca bahan2 altenatif untuk kita membandingkan berita2 yang disogokkan kepada kita. Inilah ruginya orang2 kita. Minda berpolitik masih di takuk lama. Tepuk dada tanya iman. Walaubagaimanapun kita sendiri yang menentukan arah mana perginya kita. Seperti lirik lagu penyanyi dari seberang "madu ditangan kanan mu, racun ditangan kiri mu". Kita pilih sendiri.
Hari ni saya puasa. Isteri dan anak2 berpakat hendak masak mi segera sahaja tengahari ni. Saya kureng sikit dengan mi segera ni. Berbuka petang nanti isteri dah plan nak masak tomyam ayam dan udang dan sotong goring tepung. Ada juga timun cicah sambal belacan. Manisan dah dibuat pagi tadi. Rasanya resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu iaitu muffin vanilla. Saya nampak resepi tu ditambah nilai sikit. Ada yang berinti jagung krim, chocolate chip dan kismis. Yang biasa pun ada. Saya tak kisah yang mana. Balun je.
Anak pun dah balik dari sekolah. Baru je masuk. Nampak letih je. Katanya tiga kali kena hujan masa kat sekolah. Pagi tadi memang hujan. Lepas je anak naik van sekolah, saya kunci pintu, tutup lampu haha tidur balik. Kat pukul 10 pagi le baru terjaga. Ini nikmat orang tak bekerja. Jangan marah....
So........jumpa lagi. Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan