DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, April 28, 2010

BFK 9. Percubaan

Assalamualaikum.

Seperti biasa waktu ni tengah tunggu anak ke4 balik dari sekolah. Dah makan dan solat zohor jadi relak sikit. Tak rasa ngantuk lagi. Sebentar tadi kami makan nasi dengan sambal tumis ikan selar kawin cencaru. Sayur fatt choy goring. Semua tu haha saya yang masak. Boleh tahan.

Nak cerita sikit mengenai sarapan pagi tadi. Sebelum kita flashback sikit, petang semalam anak ke2 dan ke4 masak cheese cake. Wife saya yang persuade mereka2 ni. Bila empunya badan2 tu masuk dapur mereka tak suka saya kesana. Cuma saya terdengar bunyi mixer dan yang sewaktu dengannya. Sesekali ada terdengar anak ke2 tanya ibunya perihal resepi yang ada kat mereka. Saya tak pasti apa bendanya. Saya pun tak pasti dari blog mana resepi tu. Cuma sekarang ni saya tahu semua resepi di hujung jari. Surf je kat net tu. Berlambak blog pasal masakan.

Malam tadi kami pun cuba try test le cheese cake tu. Wife kata budak2 tu silap buat. Kek tak berganjak sikit pun. Camno pun saya makan je. Pegangan saya, kalau orang dah termasak kita makan. Kalau dah terbeli kita habiskan. Senang je. Kami makan separuh loyang je. Terasa juga kat tekak kek tu.

Jadi pagi tadi wife buat adunan jemput2, potong cheese kek tu jadi kecil2 dan goring. Jadi le cheese kek ball. Nasib baik manis kalau tidak sodap juga dicicah dengan cili sos kot.

Anak pertama nak balik dari U hari Jumaat ni. Nak balik esok katanya ada kelas. Ada urusan nak disettlekan kat sini. Minta2 boleh le settle Jumaat ni. Sabtu dan Ahad opis tutup. Kalau tak boleh settle rugi je duit tambang.

So.....nak ankat kain dulu. Jumpa lagi.

Wassalam.

       

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India