Assalamualaikum.
Semoga semua sihat walafiat. Akhir2 ni di dada2 akhbar diberitakan banyak bencana terjadi. Gempa di China, taufan di India dan letusan gunung berapi di Iceland. Mungkin banyak lagi yang kecil2 yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Alim ulamak mengatakan ini bala yang diturunkan Allah SWT. Kita kena ambil ikhtibar mengenainya. Rasanya akhir zaman dah round the corner je.
Malam tadi tertenguk rancangan Mentor kat TV. Pelik rasanya bila lihat mereka2 yang kena reject menangis. Ada ibu bapa atau penjaga yang betul2 mahu anak2 mereka ceburi dunia hiburan. Sanggup tahan mentor kat luar dewan. Ganas tu. Saya tak pasti niatnya. Samada nak anak2 jadi public figure, jutawan segera atau apa2 je. Lihat saje le.....
Sarapan kami pagi ni kuey teow (spelling kat bungkusan tu) goring dan nasi goring. Welawe sedap kuey teow goring orang rumah saya. Nasi goring yang saya masak OK. Semriwing pedasnya sebab takut mak saya sakit perut. Moving foward mungkin saya nak selitkan resepi2 yang ada kat kami. Untuk share bersama.
Untuk makan tengahari ni belum ada plan lagi. Tapi isteri dah keluarkan ikan rebus yang kami beli kat Giant semalam. Ikan ni kegemaran bapa saya. Goring je.
So.......itu je buat masa ni.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan