Assalamualaikum.
Isteri dan anak ke2 sedang melihat movie Ronin kat TV2. Anak ke4 dah dibuai mimpi. Esok nak ke sekolah. Anak pertama dan ke3 kat U rasanya dah lelap kot. Dua orang ni tengah prepare untuk exam semester masing2. Anak ke3 baru mula ambil 1st paper pagi tadi. Anak pertama pulak awal bulan Mei baru paper pertama dia. Semoga Allah SWT beri result yang baik kepada mereka.
Sekarang ni sedang hangat nak sambut raya kat Hulu Selangor. Rasanya kenyang orang kat sana sebab terima banyak ole2. Ucapan selamat raya banyak kat dada2 akhbar. Ucapan yang paling banyak diucapkan "Saya keluar parti kerana......". "Kami keluar parti kerana.......". Nak tahu juga ek kenapa musim raya baru keluar. Musim lain seperti musim durian ke, musim hujan ke tak ada pulak nak beri ucapan ni. Apa yang mereka2 ni dapat agaknya? Yang ucapkan ni bukan calang2 manusia. Dato2, doktor dan kawan2 juga. Nak duit raya ke? Nak jadi pengarah ke? Yang sebelah sini tak boleh bagi ke? Yang sebelah sana boleh bagi ke? Pening kepala memikirkan musim raya ni. Cuma empunya badan yang boleh beri penerangan. Apa2 pun sendiri tanggung dengan apa yang dilakukan. Allah SWT akan beri balasan setimpal dengan apa yang kita dan mereka2 ni lakukan.
Dah nak habis rasanya movie tu. Orang dah tak bekerja ni kekadang tak kisah waktu. Boleh tidur lewat kerana esok tak terkejar2 ke opis. Lepas solat subuh boleh lelap lagi. Tu untungnya. Tapi budget kena under control.
So.......... selamat malam, semoga dibuai mimpi indah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan