Assalamualaikum
Baru sahaja balik dari sebuah bank di Bandar Seremban. Awal bulan saya gunakan cash deposit machine untuk elaun anak kat UiTM Segamat. Bila je wang ditelan mesin tu keluarkan message tergendala. Tenguk jam pukul 7.30 pagi dan hari Sabtu lak tu. Gelabah juga. Dugaan orang dah tak bekerja rasanya. Kontek nombor aduan yang ada kat mesin tu. Pegawai yang dihubungi memberi jaminan semakan akan dibuat dan wang akan dikreditkan dalam masa 7 hari bekerja. Anak kerap juga check kat ATM. Tak juga ada. Tak makan lak anak aku ni. Semalam genap 7 hari bekerja. Pagi2 dah panggil call centre bank tu. Jawapan hari ni jam 6 petang wang akan dikreditkan. Tengah malam anak check hampeh tak juga ada. Tu yang bergegas kat cawangan bank kat Seremban ni untuk bincang dengan pegawai disana. Katanya centre akan call dan sahkan kemasukan hari ni. Tunggu.........
Pagi ni kami ber3 sarapan roti bakar planta dan kaya. Seperti biasa dengan kegemaran kami nescafe. Selalunya nescafe pilihan kami tapi sesekali tu kena juga teh O atau kopi O kampung. Maam dah keluarkan ikan tongkol untuk tengahari ni. Budak2 ni payah sikit. Memilih makan. Kari kureng. Sayur tak makan. Ikan tongkol tak suka. Sabor je.......
So...........wassalam
0 comments:
Catat Ulasan