Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini 17 Ramadan 1432H dan beberapa hari lagi kita akan berada didalam fasa ketiga dan terakhir Ramadan 1432H.
Fasa kedua ini menjanjikan keampunan Allah Taala kepada hamba-hamba Nya.
Fasa ketiga adalah tawaran syurga-Nya kepada muslimin dan muslimat. Tawaran syurga kerana fasa ini ganjarannya adalah pelepasan dari siksaan api neraka.
Pasa salah satu malam di fasa terakhir ini juga dikatakan akan berlakunya Lailatul Qadar.
Yang mencari dan ikhlas beramal, insyaallah akan menemuinya.
Ganjaran pahala seribu bulan. Allahuakbar!
Well….. bilakah sebenarnya Malam Lailatul Qadar?
Imam Al Ghazali Rahimahullah memberi pendapat bahawa malam itu boleh diketahui seperti berikut:
- jika awal Ramadan adalah pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar adalah pada malam 29 Ramadan.
- jika awal Ramadan adalah pada hari Isnin maka Lailatul Qadar adalah pada malam 21 Ramadan.
- jika awal Ramadan adalah pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar adalah pada malam 27 Ramadan.
- jika awal Ramadan adalah pada hari Khamis maka Lailatul Qadar adalah pada malam 25 Ramadan.
- jika awal Ramadan adalah pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadan.
Kita memulakan Ramadan pada hari Isnin, 01/08/2011. Adakah kita akan menemui Lailatul Qadar pada malam 21 Ramadan 1432H ini?
Wallahualam.
Kita disarankan untuk memakmurkan 10 malam terakhir berkenaan. Agar kita tidak terlepas malam tersebut.
So….. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon syurga-Mu dan segala kenikmatannya, dan juga sesuatu yang dapat mendekatkan kami kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada neraka dan sesuatu yang boleh mendekatkan kami kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Kami menyerahkan urusan kami kepada Allah. Sesunggyhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan