Bismillah.
Assalamualaikum.
Laporan dari Tokyo menyatakan saintis Jepun berjaya mencipta sperma tiruan.
Ketika ini mereka telah berjaya melahirkan tiga ekor anak tikus.
Kaedahnya yang digunakan adalah dengan menyuntik sperma tiruan ke dalam telur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina yang melahirkan anak sihat secara semula jadi.Sel tunjang hasil sperma tiruan
2011/08/06
TIGA ekor anak tikus berjaya dilahirkan melalui proses penghasilan sperma tiruan hasil kajian saintis Jepun.
TOKYO: Saintis Jepun mencipta sperma tiruan menggunakan sel tunjang buat kali pertama dalam kejayaan saintifik yang bakal membuka jalan menyediakan rawatan baru bagi lelaki tidak subur.
Penyelidik kesuburan mencipta sel benih yang menghasilkan sperma dalam makmal dan memindahkannya kepada tikus tidak subur dan mendapati haiwan itu mampu melahirkan anak selepas rawatan.Perkembangan itu, dianggap pakar sebagai amat menarik, dipercayai dapat membantu beribu lelaki tidak subur menjadi bapa jika kaedah itu terbukti memberi kesan sama kepada manusia.
Penyelidikan yang diketuai Dr Katsuhiko Hayashi menyuntik sperma tiruan ke dalam te-lur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina, yang melahirkan anak sihat.
“Anak tikus itu apabila dewasa mampu melahirkan anak secara semula jadi,” kata Dr Katsuhiko dalam kajian diterbitkan jurnal Cell.
Uji kaji sebelum ini bertujuan menghasilkan sperma daripada sel saraf tunjang janin tidak begitu berjaya dan dalam kebanyakan kes melahirkan anak tidak sihat yang kemudian mati.
Pakar kesuburan dan pensyarah kanan bidang andrologi di Universiti Sheffield, Dr Allan Pacey, berkata kejayaan itu langkah hebat bagi mengembangkan proses menghasilkan sperma untuk merawat lelaki tidak subur.
“Rawatan ini memerlukan doktor mengambil sel kulit atau tulang sum-sum pesakit untuk diuji. Namun banyak lagi kajian perlu dibuat untuk menapis proses ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Kesuburan Britain yang juga perunding pakar sakit puan di Pusat Kesuburan Newcastle, Dr Jane Stewart, berkata kemampuan menghasilkan sel mengeluarkan sperma manusia dalam makmal menjadi kejayaan dalam rawatan kesuburan. – Agensi
[Berita Harian Online]
Laporan juga menyatakan kaedah itu juga akan digunapakai oleh manusia jika ianya terbukti memberi kesan yang sama.
Tak mampu nak komen apa-apa.
Cumanya, janganlah kaedah itu di salah guna pakai.
So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna dan dari hati yang tidak khusyuk. Dari doa yang tidak diindahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan