Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ke28 Ramadan dan malam yang ke29. Adakah Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ini?
Jika ikut pada kebiasaannya, kami menjangkakan Aidilfitri adalah pada hari Selasa, 30 Ogos 2011.
Jadinya….. perlu kita memenafaatkan malam ke29 Ramadan ini. Mana tahu malam Lailatul Qadar.
Pada bulan Ramadan syaitan-syaitan di belenggu dan di tahan reman tetapi malangnya malam tadi isi peti derma kat surau kami dirembat.
Pintu belakang surau diumpil dan mangga peti derma dipotong.
Kami tidak pasti dimana silapnya.
Yang pasti, bisikan syaitan yang di tahan reman masih terlalu berbisa sehingga tidak boleh ditolak.
Kenapa surau yang menjadi target? Sedekah yang diberikan oleh ahli kariah untuk kegunaan surau pun sanggup dirembat?
Banyak kemungkinan kenapa ada manusia-manusia yang sanggup melakukannya.
Keperluan diri dan/atau keluarga untuk menyambut Aidilfitri mungkin satu sebab.
Yang dapat kami andaikan ialah si pelaku telah melakukan pemerhatian teliti. Jam berapa majlis tadarus tamat dan jam berapa pula siak dan jamaah tiba di surau untuk solat suboh.
Pastinya, yang melakukannya sememangnya memerlukan wang.
Mari kita doakan semoga yang melakukannya dicuit hatinya oleh Allah Taala untuk berhenti melakukan perkara yang tidak elok dan menjadi manusia yang berhemah.
Begitu juga kita berdoa agar kita dan keluarga kita terhindar dari perlakuan seumpama itu.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon supaya Engkau melindungi kami daripada kejahatan pendengaran kami, pandangan kami, pertuturan kami, hati kami dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit. Dengan nama Allah wahai penunjuk kesesatan dan pemberi balik barang yang hilang, berilah balik barang/harta kami yang hilang dengan berkat kemuliaan-Mu kerana barang/harta itu dari pemberian-Mu dan limpah kurnia-Mu. Amin.
Wassalam.
2 comments:
selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.
selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.
Catat Ulasan