DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Ogos 26, 2011

BFK 152. Panggilan Haji 1432H

Bismillah.
Assalamualaikum.

Malam ini malam ke27 kita akan mendirikan solat terawih.

Semalam kami solat terawih disamping bakal tetamu Allah Taala. Suboh tadi pun begitu juga. Sudah tiba sekali lagi “panggilan haji”.

Kat taman ini, buat masa ini, setahu kami ada 2 pasangan bertuah yang terpilih. Bukan semua umat Muhammad terpilih untuk menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya.

MekahTahun ini dilaporkan kuota yang negara kita perolehi adalah untuk 28,000 jemaah. Seperti yang kita semua ketahui, senarai nama yang berkelayakkan untuk menunaikan haji kat Tabung Haji memang terlalu amatlah panjangnya.

Dua pasangan dari taman kami adalah pasangan En Rauf dan En Idrus. Keduanya sudah menerima surat tawaran dari pihak berwajib cumanya belum tahu tarikhnya.

Berkemungkinan mereka didalam kelompok penerbangan awal.

Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan fizikal dan mental untuk melakukan kerja-kerja haji itu. Amin.

So….. ya Allah wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India