DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Ogos 26, 2011

BSK 219. Bila Ketua Hakim Negara pencen

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak berkongsi 2 laporan berkaitan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan…..

Laporan pertama:

Zaki: Saya tak pernah dengar kes berkaitan Umno

MalaysiaKini Ogos 26, 11 3:21pm

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, yang dijadual akan bersara bulan depan, berkata beliau tidak pernah mendengar atau campurtangan dalam mana-mana kes berkaitan Umno sejak memegang jawatan tersebut pada Oktober 2008.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan oleh akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily hari ini, Zaki berkata beliau komited dengan ikrar semasa pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk mengecualikan dirinya daripada kes-kes yang berkaitan dengan Umno sehingga rakyat mengubah persepsi mereka terhadapnya.

Ketua HakimSelain itu, Zaki juga mendakwa beliau tidak campurtangan dalam mengatur panel hakim yang mendengar kes berkaitan dengan Umno.

Zaki (kiri) mengambil contoh pertikaian perundangan antara Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semasa krisis perlembagaan di Perak dan berkata beliau menyerahkan tanggungjawab itu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Memilih hakim untuk mendengar kes-kes rayuan di Mahkamah Persekutuan merupakan salah satu daripada tugas Ketua Hakim Negara.

Zaki, yang dikenali sebagai seorang peguam utama Umno sebelum pelantikannya, telah dilantik terus ke mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, pada 5 September 2007.

Beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007, dan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008.

Laporan kedua:

Karpal: Pindaan akta gaji hanya untuk 'faedah Zaki'

Hafiz Yatim Ogos 26, 11 11:00am

Ahli politik veteran, Karpal Singh bertegas bahawa pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 baru-baru ini adalah untuk faedah Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

KarpalAhli parlimen Bukit Gelugor itu, yang juga pengerusi DAP, berkata beliau telah membangkitkan perkara itu semasa ianya dibahaskan di parlimen dan disokong oleh wakil rakyat pembangkang yang lain.

"Ya, saya membangkitkan isu di Parlimen sebelum pindaan tersebut diluluskan. Bagaimanapun, kita bercakap tentang Parlimen BN... Mereka enggan menimbang tentangan terhadap pindaan tersebut.

"Jelas sekali, undang-undang itu dipinda untuk faedah Zaki. Saya tak tahu sama ada ini adalah apa yang kita panggil 'ganjaran' untuk perkhidmatan beliau kepada Umno," tambah Karpal.

Pindaan kepada Seksyen 9 Akta tersebut, bertajuk Peruntukan Khas untuk Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar", menyatakan seseorang yang menyandang sama ada jawatan berkenaan atau semua jawatan lain, layak mendapat pencen maksimum jika berkhidmat untuk tempoh dalam agregat tidak kurang daripada tiga tahun.

Sebelum pindaan itu dibuat, Ketua Hakim Negara, atau CJ, mesti menjadi hakim tidak kurang daripada 10 tahun sebelum bersara untuk layak mendapat pencen penuh.

Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran pula menyifatkan pindaan tersebut sebagai hadiah kepada Zaki yang akan bersara bulan depan.

"Saya masih ingat pembahasan hangat ahli parlimen pembangkang terhadap pindaan tersebut, tetapi ia tetap diluluskan. Itulah sebabnya kita mahu ditubuhkan jawatankuasa terpilih untuk isu-isu seperti ini, dan termasuk badan kehakiman. Ini adalah memalukan," katanya.

Ketua Hakim 2 Zaki (kanan) yang dikenali sebagai peguam Umno, dilantik terus sebagai hakim mahkamah tertinggi negara - Mahkamah Persekutuan, pada 5 September 2007.

Beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007 dan dilantik sebagai ketua hakim pada 18 Oktober 2008.

Beliau dijadual bersara bulan depan, apabila beliau mencapai usia 66 tahun.

Well….. bila memegang tampok pemerintahan dan merasakan kita berkuasa melakukan apa sahaja yang kita mahu….. inilah hasilnya.

Persoalannya? Siapa sebenarnya yang perlu atau terpaksa atau terpaksa rela membayar “ganjaran” atau “hadiah” yang disebutkan?

Ish ish ish….. dari poket kita semua, pembayar cukai yang lurus bendul. Huhu.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan, dari kejahatan hamba-hamba Nya dan dari kejahatan godaan syaitan dan dari kedatangan mereka. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India