Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke25 pada 05 April 2012 yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.
25 tahun! Satu jangkamasa yang boleh dikatakan lama juga. Betul tak?
Tapi, nak katakan lama, rasanya baru semalam kami sambut tangan jurunikah dan melafazkan akad penerimaan nikah yang menyatukan kami dan wife. Sahhh….! Tahun 1987 tu!
Rasanya baru semalam juga kami menemankan wife dalam bilik bersalin di Poliklinik Kotaraya Taman Melawati menerima amanah yang pertama. Number 1 kami pada tahun 1988.
Menyusul number 2 pada 1990, number 3 tahun 1991 dan number 4 1994.
Setiap kali menemankan wife di bilik bersalin, seminggu kami tak lalu makan. Hmm…..
Tahun 1987 dulu kami ambil cuti rasanya 2 minggu. 7 hari cuti ehsan diberi oleh majikan dan biasalah yang 7 hari lagi dari cuti tahunan.
Majlis perkahwinan kami sebenarnya diadakan pada waktu yang paling sibuk di opis.
Berbetulan dengan penutup tahun kewangan pada 31 March setiap tahun. Sepatutnya tak ada kakitangan yang boleh ambil cuti kerana setiap seksyen perlu mengeluarkan pelbagai schedule untuk dikemukakan kepada juruodit luar.
Oleh kerana tarikh itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, maka kami dengan paksa rela diberi pelepasan. Itu pun setelah kowtim dengan supervisor.
25 tahun juga menyaksikan kami berdua kehilangan beberapa insan yang rapat dan disayangi. Semoga Allah SWT dengan rahmatNya dan kelembutanNya mengurniakan nauganNya kepada mereka disana. Amin.
Anak-anak telah besar tetapi belum boleh berdikari lagi. Number 1 dan number 2 sedang tekun berusaha untuk mendapatkan ijazah mereka.
Number 3 baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester akhir beliau. Insya’allah akan sambung pengajian diperingkat ijazah dalam masa terdekat.
Number 4 baru sahaja terima keputusan SPM beliau baru-baru ini. Tungguuuuu…..
Semoga Allah SWT menetapkan anak-anak dan keturunan-keturunan kami termasuk didalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah dan setiap satu dari mereka menjadi penenang hati kami berdua. Amin.
Alhamdulillah, kami berdua sama-sama menyusur 25 tahun itu. Saling lengkap dan melengkapkan, dulu, kini dan insya’allah di masa-masa yang mendatang.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kemudahan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, perbaikilah sifat beragama kami yang menjadi puncak segala urusan kami. Ya Allah, perbaikilah urusan dunia kami yang kami hidup di dalamnya. Ya Allah, perbaikilah urusan kami di akhirat kelak yang menjadi tempat akhir kembali kami. Ya Allah, jadikanlah kehidupan ini sebagai tempat kami membuat banyak kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai tempat kerehatan kami dari membuat kejahatan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan