DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Mei 30, 2012

BFK 192. Kolej Matrikulasi Kuala Pilah destinasi mencabar

Bismillah.
Assalamualaikum.

Anak bongsu kami telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.

Hari Isnin, 28/05/2012 hari pendaftaran. Pendaftaran untuk program yang dia ambil ditetapkan pada jam 2.00 petang.

Seremban dan Kuala Pilah tidak jauh. Lebih jauh Kuala Lumpur. Tetapi kami tetapkan untuk memulakan perjalanan jam 10.00 pagi.

10.00 pagi, Isnin, 28/05/2012 kami memulakan perjalanan. Kami sekeluarga pergi.

Dari rumah sehingga ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, smooth sailing. Selepas tu jalan mula sesak.

No2111Kami sampai di lampu isyarat di bandar Kuala Pilah ini jam 11.50 pagi. Setelah hampir dua jam memandu. Rasa-rasanya kali ketiga atau keempat lampu hijau baru kami dapat membelok ke kanan. Kanan ke kolej dan Tampin manakala kiri ke bandar dan Bahau.

No2114Kelihatan signboard ke kolej. Untuk sampai ke sini memakan masa satu jam. Kami berhenti kat sini jam 12.51 tengahari. Dari lampu isyarat kat bandar Kuala Pilah ke tempat ini satu kilometer lebih sedikit.

Memang kami dah agak, banyak kenderaan menuju ke destinasi sama seperti kami.

Kami sampai ke destinasi jam 1.30 petang. Memang dah banyak kereta kat situ. Tak dibenarkan masuk dalam kawasan kolej dan terpaksa parking kat luar.

Kami turunkan anak bongsu dan abang kat depan pintu masuk kolej. Biar anak daftar dulu.

Lepas parking kami menyusul. Bila berjalan terasa lain macam je kedua-dua kaki ni. Langkah kaki kanan dan kiri macam tak senada dan tak seirama.

Kepenatan! Penat rupanya kaki-kaki ni. Memandu dan rewang pada hari Sabtu dan Ahad terasa.

Tapi tak lama. Sampai kat pusat pendaftaran, alignment ok. Jalan pun macam biasa. Alhamdulillah.

No2115Jam 2.00 petang. Ibu-ayah, adik-beradik dan sanak-saudara sedang menunggu penuntut-penuntut baru mendaftar.

Kami pun menunggu juga. Dengan abang. Wife dan dua anak kat kereta.

Alhamdulillah, proses pendaftaran tak lama. Seterusnya  mengambil kunci bilik. Kat blok C1. Nasib tak C4. Gerun gitu.

Sebelum tu kami kembali ke tempat parking. Mengambil barangan keperluan anak kat kereta.

No2120C1 ni agak jauh dari tempat kami menunggu tadi. Untuk kesana kami mengikut susur gajah, melintas padang, melalui surau dan menaiki cerun bukit.

No2116Jam 2.34 petang. Final hurdle menaiki tangga ini. Orang Perak kata, ‘boleh tumpor teman panjat tangga ni yop’. Tinggi!

No2119

Ingatkan dah tak ada cabaran. Rupanya kena naik lagi tangga. Bilik anak kat tingkat 3. Sabor aje le.

No2118Bilik anak kami kat hujung tu. Tak silap kami, ada 7 bilik kat aras sini. Satu bilik 4 orang. Ada sebuah bilik air yang mengandungi 3 tandas dan 3 shower. Hmm…..

Wife dan dua kakak tolong mengemas. Perlu cepat kerana program penuntut baru bermula jam 3.30 petang.

Jam 3.06 petang kami menuruni tangga untuk pulang. Semasa bersalaman kami nampak mata anak merah. Menangis le tu. Wife pun nampak sedih. Anak bongsu katakan!

Well….. bila anak pertama sambung belajar, masih ada tiga anak kat rumah. Bila anak kedua mengikuti, ada dua lagi anak kat rumah. Bila anak ketiga menyusul, masih ada anak bongsu kat rumah.

Bila anak bongsu dah menerima tawaran sambung belajar….. fikir-fikirkan sahaja le.

No2121Jam 3.23 petang kami menyusur menuju jalan besar. Kelihatan di sebelah kanan, kereta masih bertali-arus menuju ke kolej.

Kami dapati jalan besar pun masih sesak. Sampai ke lampu isyarat bandar Kuala Pilah.

Kami sampai kat Seremban jam 4.45 petang. Perjalanan balik hanya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.

Perjalanan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah, mengikut meter Naza kami cuma 50 kilometer. Tetapi masa yang diambil hari itu, tiga jam setengah.

Kepada ibu-bapa yang anak mereka, insya’allah bakal meneruskan pelajaran di kolej tersebut, plan betul-betul perjalanan kamu semua.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, dengan rahmat-kurniaMu kami memohon pertolongan. Perbaikilah untuk kami semua urusan kami. Dan jangan Engkau membiarkan kami sekejap matapun. Amin.

Wassalam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sgt mencabar. Kasihan melihat kemudahan asrama C1 yg sgt daif.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India