DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Jun 01, 2012

BSK 287. Plat kereta emas ke plastik ke

Bismillah.
Assalamualaikum.

WalaWeiWeh!

Beribu, berpuloh ribu, beratus ribu dan ada dilaporkan hingga setengah juta RM untuk nombor plat kereta.

Cuba kita fikir-fikirkan cuma dua keping plat sahaja yang hendak dipadankan dengan kereta yang digunakan.

Adakah plat-plat itu dibuat dari emas? Jawapannya tentu tidak. Plastik je!

Berbaloi juga omeh.

Habis tu kenapa ada hamba Allah yang sanggup mengeluarkan belanja begitu banyak untuk sesuatu yang tidak ada nilai komersial atau scrap value?

Prestij! Unik! Bangga! Puas!

No2134

Jika nombor plat yang mahal boleh meningkatkan prestasi kenderaan atau menukarkan, contoh, Kancil 660 jadi Mini Cooper ke atau Volkswagen Golf ke atau keretapi ke atau kereta perisai ke mungkin berbaloi juga.

No2132Kami kaya, banyak wang, tak boleh kah kami membelanjakan wang sendiri? Kami bukan gunakan harta orang. Ikut suka kamilah cara mana hendak menghabiskan harta kami sendiri.

No2131Bila orang kayo berbelanja, mengeluarkan wang, orang biasa hanya boleh termimpi, harga tu boleh beli Proton Saga, tu pula boleh beli Myvi, yang ni pula boleh dapat rumah semi-D, dengan harga yang satu ini boleh duduk dalam rumah banglo weh!

Tetapi jangan lupa, segala harta adalah kurniaan Allah SWT.

Kelebihan dan kekurangan ialah ujian. Dan penerima-penerimanya  akan dibertanggungjawabkan dengan kelebihan atau kekurangan itu.

Yang menerima kelebihan akan ditanya, cara mana mendapatkannya dan saluran mana dilupuskannya.

Yang diberi kekurangan akan ditanya, redhakah dengan ketetapan dan sudahkah berusaha untuk mengatasi kekurangan itu.

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, dipohon pelihara diri kami, harta kami dan agama kami. Ya Allah jadikanlah kami redha dengan penentuanMu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India