DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Mac 12, 2012

BFK 175. Saudara setaman dah balik dari umrah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Saudara setaman kami, Abang Rahman dan Kak Azizah telah pulang dari menunaikan ibadah umrah pada hari Khamis lepas, 08/03/2012.

Masa terasa begitu pantas berlalu. Seperti baru semalam kami dan wife berbual dengan mereka sehari sebelum mereka berangkat ke Mekah.

Hari Jumaat, 09/03/2012 kami dah start enjin kereta kat kawasan parking surau Al-Qudwah, S2 selepas solat Jumaat. Siap dah onkan air-cond. Dah nak masuk gear 1 ni. Kami terpandang seseorang seperti tertinjau-tinjau dari jauh. Semakin lama semakin dekat.

Laa….. Abang Rahman rupanya. Patut le macam familiar je.

Cepat-cepat kami keluar dan menyambut salam beliau. Ambil berkat. Semoga Allah SWT memilih kami sekeluarga sekali lagi menjadi tetamuNya dan juga tetamu pesuruhNya dalam waktu terdekat ini. Insya’allah.

Well….. bila kami sengaja jumpa atau tak sengaja terjumpa Abang Rahman ni, hasil perbualannya memang lama.

No1899No1900

 

 

 

 

 

 

 

 

Tengahari tu topik utama perbualan semestinya mengenai pengalaman beliau di Madinah dan Mekah. Mekah belum siap sepenuhnya. Masih banyak pembangunan yang sedang rancak dilakukan. Lama lagi nak siap.

Dalam banyak-banyak perkara yang dibualkan, satu perkara yang memang kami tidak dapat pertikai kebenarannya.

Lebih seronok pergi haji! Itu yang selalu kita dengar bila seorang jemaah haji balik dari melakukan umrah. Itulah juga kata-kata dari saudara kami ini.

Musim haji kita berada lama di Mekah. Masa yang diperuntukkan di Madinah cukup untuk jemaah haji kita menunaikan 40 waktu solat fardu dan mungkin lebih.

Paling minima jemaah haji akan berada di Mekah serta Madinah adalah selama 40 hari. Maksima mungkin boleh sampai 47 hari atau lebih sedikit. Paling lama melakukan umrah, 14 hari 12 malam.

Jemaah haji yang balik dari melakukan umrah akan juga berkata, memang ramai jemaah yang buat umrah. Mungkin tidak seramai musim haji, tetapi dekat macam buat haji juga. Itu pun kami setuju.

Ada ole-ole dari saudi rupanya yang Abang Rahman nak berikan. patut le tertinjau-tinjau dari jauh lagi. Alhamdulillah. Terima kasih.

Matahari semakin terik. Imam yang mengetuai solat Jumaat tadi pun dah nak balik. Sempat bersalaman dengan kami sekali lagi. Hmm…..

Abang Rahman beransur ke kereta dia, kami pun masuk kat kereta kami. Air-cond full blast!

Nanti bila jumpa lagi Abang Rahman, boleh sambung cerita kat Mekah dan Madinah. Memang tak pernah jemu bila berbual mengenai pengalaman kat sana.

So….. ya Allah, wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, perteguhkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Ya Allah, matikanlah kami dalam Islam dan hidupkan kami dalam Islam. Ya Allah kami memohon kenikmatan pada hari kesusahan dan keamanan pada hari ketakutan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India