DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Mac 12, 2012

BFK 176. Memeriahkan majlis perkahwinan puteri sahabat setaman

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam, Ahad 11/3/2012 kami dan wife menghadiri undangan Haji Aziz Ujang dan isteri Hajah Fauziah @ Faridah Jamaludin. Haji Aziz ini selalu kami jumpa kat surau taman kami. Orang kuat surau juga.

No1901

Jemputan untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan puteri mereka Syafarezie Aziz dan Syed Azwan Syed Othman. Majlis diadakan di Dewan LPPKN Negeri Sembilan, S2.

Sehari sebelum itu, Sabtu 10/3/2012 diadakan majlis khatam Quran, majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa. Memohon agar Allah SWT melancarkan majlis yang akan diadakan nanti. Majlis ini diadakan waktu tengahari. Kami pun hadir sama. Petang itu baru majlis akad nikah. Kami tak dapat hadir majlis yang satu ini.

Kami sampai kat lokasi majlis lebih kurang jam 12.15 tengahari. Dewan pun dah penuh. Kami bersalam dengan bapa pengantin dan beredar ke khemah yang ada di luar dewan, untuk menikmati makan tengahari.

No1898

Enak nasi dan lauk pauk yang disediakan. Segan kami nak ambil gambar masa makan tu. Apa pulak kata kawan-kawan kat taman kami yang juga sedang menikmati hidangan mereka.

Semasa kami menikmati hidangan, kami melihat ramai jemputan tiba. Yang pasti semua akan mencari meja kosong untuk menikmati juadah.

Tak lama kami kat sana. Jemputan semakin ramai yang datang. Kami bersalam dengan tuan rumah dan minta diri untuk pulang. Wife pun berbuat yang sama dengan puan rumah.

Semoga Allah AWT mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan keturunan yang menjadi penyenang hati pasangan ini dan mereka berbahagia dunia dan akhirat.

So….. ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan-kebaikan yang diminta oleh nabiMu Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan denganMu dari kejahatan yang nabiMu meminta perlindunagn darinya. Engkaulah tempat kami meminta, Engkaulah yang menyampaikannya dan tiadalah sebarang kekuatan melainkan kekuatan dengan pertolongan Allah. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India