DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mac 17, 2012

BSK 281. Gitu-gitu NFC

Bismillah.
Assalamualaikum.

Isu NFC telah dibawa ke mahkamah. Menjadi semakin menarik drama ini.

Abang Salleh, awal minggu ini didakwa  atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu. 

No1903

Kak Ijat pula mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bila  tempoh beliau sebagai Senator tamat awal bulan bulan depan.

Kak Ijat istiqomah tidak akan melepaskan jawatan ketua wanita yang merupakan talian hayat beliau dalam politik. Winable candidate?

Salute atas kebijaksanaan Kak Ijat, berkorban melepaskan jawatan yang akan tamat tempoh atau reduced to clear (RTC) demi parti dan negara.  

Apa yang pasti satu barter trade yang cukup menguntungkan. RM250 juta untuk jawatan RTC.

Sayangnya isu yang menarik perhatian rakyat ini tidak akan dibahaskan di parlimen. Didalam satu babak berkaitan, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul bagi membincangkan kontroversi NFC di Dewan itu atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah.

Sementara itu akhbar New Straits Times melaporkan lebih ramai pegawai kanan dan ahli lembaga pengarah NFC akan didakwa di mahkamah berhubung salah guna dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat berkenaan.

Akhbar milik Umno itu memetik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hanya sebagai berkata “kes NFC jauh daripada selesai,” sekali gus membayangkan lebih ramai yang akan didakwa dalam tempoh terdekat.

Selain itu, New Straits Times yang memetik sumber berkata wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC juga mungkin didakwa di bawah Akta Syarikat 1965 kerana mengabaikan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Pemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif.

Begitulah besarnya impak NFC ini kepada scenario politik Malaysia. Veteran seorang ini pun terpaksa memberikan peringatan kepada geng-geng yang berkuasa dalam parti beliau.

Orang tua Umno ini dikatakan pandai menilai keadaan politik semasa. Sebelum PRU12 2008, beliau memberikan penganalisan bahawa BN akan ‘melepaskan’ beberapa negeri dan juga kerusi parlimen.

Allah SWT membenarkan telahan Tun Daim Zainuddin ketika itu. PRU13 is just round the corner. Adakah telahan Tun seorang ini akan dimakbulkan Allah SWT sekali lagi?

Adakah Presiden Umno akan menjadi ketua pembangkang selepas PRU13?

Segalanya mungkin.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau ya Allah. Maha Suci daripada melakukan aniaya, tolonglah kami. Sesungguhnya kami adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India