DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mac 10, 2012

BSK 280. Altantuya Shaariibuu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Antantuya Shaariibuu kerana khuatir terdapat "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes tersebut.

Azilah dan Sirul

Sejak awal lagi memang kami benar-benar keliru dengan dua manusia dari Unit Tindakan Khas polis, Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Handsome atau sebaliknya. Waras atau sebaliknya.

Tak pernah kelihatan rupa paras kedua mereka. Apa motif membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Seorang cif Inspektor dan seorang koperal membunuh seorang warga luar negara. Bukan sahaja telah menamatkan riwayat wanita malang itu tetapi juga telah  meletupkan jasadnya dengan bahan letupan C4 sehingga hancur.

Kejam! Memang sesungguhnya kejam!

Tapinya, kenapa perlu mengambil jaket mangsa ? Kenapa pula ianya disimpan dikediaman salah seorang yang melakukan pembunuhan?

Kenapa tidak dibiarkan hancur bersama jasad mangsa? Kenapa perlu disimpan barang milik peribadi mangsa?

Adakah untuk membuktikan kepada seseorang bahawa mangsa memang telah dilenyapkan dari mukabumi ini? Untuk menguatkan pembuktian kepada seseorang bahawa mission accomplished?

Dikatakan bahawa ramai yang terbabit dalam drama ini. Tetapi kami tidak pasti apa bentuk hubungan yang termeterai diantara watak utama dan watak-watak tambahan yang dibawa dan tidak dibawa ke mahkamah dalam perbicaraan itu.

Watak tertuduh Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dengan watak manga, Altantuya Shaariibuu. Antara watak tertuduh dengan Abdul Razak Baginda (dibebaskan dari tuduhan bersubahat). Hubungan Abdul Razak Baginda dengan mangsa. Hubungan Abdul Razak Baginda dengan seorang pemimpin kanan. Watak tertuduh, mangsa dan Abdul Razak Baginda dengan pemimpin kanan itu.

Tetapi yang sering diperkatakan adalah Scorpene dan komisyen.

Apa yang dapat kami simpulkan ialah persamaan perbuatan kedua watak tertuduh dengan perbuatan Laksamana Hang Tuah di zaman kesultanan Melaka.

“Beta mahu Laksamana membunuh Hang Jebat yang telah menderhaka dengan apa cara sekalipun”, titah sultan.

“Titah tuanku patik junjung”, sahut Laksamana Hang Tuah.

Diceritakan bahawa Hang Jebat mati di tangan saudara dan sahabat karib beliau itu.

Adakah kedua tertuduh berpegang dengan kata-kata “bersedia berkhidmat” dengan apa cara sekalipun?

Adakah yang dikatakan ‘ketaatan’ itu tidak ada batasnya?

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang melepaskan dari sebarang kesusahan dan kesedihan, Tuhan yanag mengabulkan segala doa orang yang susah, Tuhan yang Maha Pengasih di dunia dan akhirat dan Maha Penyayang, sayangilah diri kami dengan rahmatMu yang mana kami tidak perlu lagi kepada rahmat selain dariMu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India