Bismillah.
Assalamualaikum.
Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan bahawa pemilihan bakal calon PRU13 nanti berdasarkan kehendak rakyat.
Secara teorinya, mereka-mereka yang terpilih nanti tidak semestinya dari apa yang dikatakan kem PM atau kem TPM atau tim KM atau tim MB, mahupun tim Che Det tetapi calon yang dianggap ‘boleh menang’ atau ‘winabale candidate’ dan yang pastinya mengikut kehendak rakyat.
Beliau memilih dan mengutamakan survival dan keselamatan parti daripada memenuhi cita-cita politik dan kepentingan peribadi rakan-rakan.
Beliau sanggup kehilangan rakan yang berkecil hati daripada meletakkan parti dalam keadaan bahaya.
Syabas Datuk!
Secara teorinya transformasi memilih calon boleh menang yang dinyatakan oleh Datuk Najib Razak ini nampak realistik dan teramat mudah dilaksanakan.
Dikatakan transformasi dari ide bernas Presiden Umno ini diterimapakai sebulat suara oleh kepimpinan parti. Tidak kedengaran bangkangan dari sesiapa.
Ertinya, wakil rakyat yang tidak dipilih semula sebagai calon tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana keputusan dibuat itu adalah sesuatu yang betul untuk rakyat.
Ditakdirkan 2/3 calon terakhir yang terpilih dilihat sebagai orang-orang Presiden sendiri. Haa….. apa pula yang akan bermain di benak penyokong kem lain? Meroyan sakan rasanya. Haru biru dibuatnya.
Betul ke Presiden Umno, juga Pengerusi BN yang juga PM mempunyai hak memilih senarai calon akhir? Trademark dia?
Secara teorinya juga, disinilah dan diketika inilah juga mereka yang berkepentingan atau berada dipuncak meminta ahli dan penyokong dari kem lain membuktikan kesetiaan kepada parti. Tanpa berbelah bagi.
Nampak seakan-akan smooth sailing transformasi yang diutarakan.
Tetapi bila apa yang dikatakan ‘rezeki’ terputus, kesetiaan akan goyah. Aku tak dapat kamu pun tak akan dapat juga.
Well….. aku tolong kamu, kamu tolong aku.
Mengenai calon boleh menang atau winable candidate.
Adakah diri calon itu sahaja yang diberi keutamaan? Jika ada dikalangan ahli keluarga calon yang dikatakan winable ini melakukan atau didakwa melakukan perkara yang tidak elok pada mata rakyat, adakah dia akan tetap dicalonkan?
Sebagai contoh, dalam isu NFC dan juga dakwaan anak seorang menteri menyerang pengawal keselamatan.
Masih dikategorikan sebagai winablekah mereka ini?
Fikir-fikirkan le.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, sucikanlah hati-hati kami dari kenifaqan, sucikanlah amalan-amalan kami dari sifat riya, sucikanlah lidah-lidah kami dari sifat dusta, sucikanlah mata-mata kami dari sifat khianat. Sesungguhnya Engkau maha Mengetahui segala mata yang berkhianat dan apa yang disembunyikan didalam dada. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan