Bismillah.
Assalamualaikum.
Datuk Seri Najib Razak dilaporkan “meminta maaf” kepada rakyat negeri Selangor dan rakyat negeri Kedah kerana kesilapan yang dilakukan oleh geng-geng BN semasa mereka memerintah kedua-dua negeri itu dahulu. Membuatkan pengundi-pengundi Selangor dan Kedah menolak BN dan memenangkan pakatan pembangkang pada PRU12 tahun 2008 lalu.
Di Kelantan tidak kedengaran permohonan maaf dari Datuk Seri Perdana Menteri. Disana PM 1Malaysia itu dilihat melakukan proses tawar-menawar kepada rakyat Kelantan, terutama para pengundinya.
Macam jemaah haji buat tawaran terbaik untuk mendapatkan barang yang diingini semasa musim haji. PM 1Malaysia dan isteri semestinya ada pengalaman bertawar-menawar dengan peniaga arab semasa berada disana musim haji lepas.
Rakyat Kelantan mahu keselesaan hidup, mahu masalah bekalan air diselesaikan, mahu apa sahaja, murah sahaja harganya. X BN!.
X sahaja BN segala masalah rakyat Kelantan akan ghaib. Kelantan akan ditransformkan dari negeri paling miskin di Malaysia menjadi negeri yang ditengah-tengah antara yang miskin dan yang kaya seperti negeri Sabah. Kelantan akan bakal mendapat segala bantuan yang Sabah perolehi. Pembangunan besar-besaran gitu.
Rakyat Kelantan sedia menerima special offer raya Datuk Seri PM 1Malaysia itu?
Dilaporkan bahawa ada 1laporan kelmarin menyatakan 70 peratus daripada rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak beliau memegang jawatan itu pada 2009, manakala UMNO memperoleh 69 peratus sokongan rakyat.
Rakyat Kelantan dipersenda dengan transformasi yang dilakukan oleh PM 1Malaysia ketika lawatan beliau ke Sabah baru-baru ini.
Adakah laporan prestasi Datuk Seri itu boleh diterima?
Pada musim-musim ‘raya’ ini, PM 1Malaysia perlu menangis dihadapan rakyat Kelantan dan para pengundinya. Memohon maaf kepada semua kerana selama lebih 20 tahun tidak memberi perhatian kepada rakyat Kelantan dan menjadikan orang melayu disana seolah-olah anak tiri yang paling dibenci.
PM 1Malaysia perlu beraksi seperti mantan PM Malaysia yang tersohor ketika pengumuman perletakkan jawatan beliau. PM 1Malaysia perlu menangis dengan begitu dramatik meminta maaf kepada rakyat dan pengundi Kelantan dan memberi penjelasan why Kelantan dinafikan royalti minyak sehingga kini.
Musim ‘raya’ sebegini, bila berbuat salah, tersedar kita berbuat salah kepada rakyat, beritahu kesalahan-kesalahan yang dilakukan, datang meminta ampun dan minta maaf baru dilihat kembali kepada fitrah. Bersih dan suci.
Baru rakyat Kelantan benar-benar berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri PM 1Malaysia dan mendeliver ‘X’ yang diidamkan.
So…… ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang tetap pendirian. Ya Allah kami mohon dijauhi dari sebab-sebab yang menjadikan penyesalan, baik di masa ini dan akan datang, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-hambaMu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan