DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Mac 21, 2012

BSK 282. Ujian tidur untuk GDL dan PSV

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pada masa yang terdekat berkemungkinan besar pemandu yang memohon Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) perlu menjalani ujian tidur selain menjalani ujian saringan kesihatan sediada (iaitu ujian bagi mengesan penyakit kronik seperti penglihatan, sawan atau menagih dadah).

No1922

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kerajaan memandang serius penyakit insomnia (masalah sukar tidur yang menjejaskan kesihatan) dengan statistik kementerian pada 2006 menunjukkan 14 peratus penduduk dewasa negara ini mengalami masalah itu.

Berikutan itu, pihaknya dengan Kementerian Pengangkutan melihat keperluan ujian tidur dilakukan kerana pemandu yang bermasalah akan membahayakan nyawa ramai penumpang dan pengguna jalan raya.

“Perkara ini masih dibincangkan dengan Kementerian Pengangkutan.

“Sebelum ini pemeriksaan kesihatan lebih kepada ujian air kencing untuk kesan (pengambilan) dadah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tidur Sedunia 2012 anjuran New Pro-Star dan Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia (SDSM), di Berjaya Times Square.

Adakah perlu satu lagi syarat tambahan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kemalangan yang meningkat di negara kita ini?

Kemuncak berlakunya kemalangan jalanraya adalah pada waktu diadakan Ops Sikap. Kemuncak peningkatan kemalangan dan juga kematian pengguna jalanraya.

Ops Sikap sinonim dengan perayaan. Bila disebut perayaan, ada satu istilah yang memang menjadi sebutan ramai, Balik kampong!

Balik Kampong! Satu amalan yang secara tidak langsung diangkat menjadi tradisi  oleh pelbagai kaum di Malaysia, tidak kira melayu, cina, india dan lain-lain.

Apabila warga bandaraya pelbagai kaum balik kampong menyambut hari raya. tahun baru cina, deepavali mahupun krismas.

Usaha demi usaha, peringatan demi peringatan dilakukan oleh pihak berwajib agar penghijrahan sementara ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Malangnya statistik kemalangan dan kematian terus meningkat. Tak pernah menurun.

Pada hemat kami, sikap dan tanggungjawab pemandu itu sendiri adalah penting. Begitu juga dengan sikap dan tanggungjawab pengusaha kenderaan pengangkutan.

Sikap sabar dalam diri hilang bila sahaja terpegang stereng kenderaan. Sikap tanggungjawab sebagai pemandu hilang bila berada di jalanraya.

Sedikit kesesakan, lorong kecemasan dijadikan litar lumba. Kenderaan ringan kenderaan berat akan berlumba-lumba dilorong kecemasan. Membahayakan diri sendiri dan pemandu kenderaan lain.

Bila lorong kecemasan sesak dengan kenderaan empat roda, penunggang motosikal akan mula memasuki lorong tengah. Menunggang diantara kenderaan-kenderaan empat roda, suka atau tidak suka terpaksa membahayakan diri mereka.

Biar lambat asal selamat sudah ketinggalan zaman. Semua ingin sampai awal ke kampong kerana ingin memaksimakan cuti yang diambil.

Pemandu kenderaan awam mahu sampai tepat pada waktu kerana ingin mengejar ‘trip’ yang dirancangkan.

Dimusim perayaan, pengusaha pengangkutan awam memerlukan ramai pemandu sambilan. Untuk memenuhi permintaan pengguna yang sudah membeli tiket.

Adakah pemandu yang diambil telah disaring dengan teliti? Demi mengejar trip dan keuntungan adakah pemandu diberi rehat yang mencukupi?

Telah lama diadakan Ops Sikap.  Statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan 80 peratus kemalangan berpunca daripada faktor manusia dan selebihnya faktor kejuruteraan jalan.

Tidakkah perlu diadakan penelitian kepada kelemahan sediada? Sebagai contoh sahaja. Masalah yang ada pada pemandu. Masalah yang dihadapi oleh pengusaha pengangkutan awam. Penguatkuasaan yang lebih terperinci dari pihak yang berwajib.

Perlukah ada syarat tambahan? Well….. biarlah masa yang menentukan semuanya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, dengan rahmatMu kami memohon pertolongan. Maka jangan biarkan kami bergantung kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata dan perbaikilah segala urusan kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India