DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Mac 08, 2012

BSK 279. Tak Melayu Hilang di Dunia kata Hang mana

Bismillah.
Assalamualaikum.

Masih kedengaran lagi pergeseran mengenai satu watak di zaman dahulu. Watak yang cukup sinonim dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja.

220px-TuahNatlHistoryMuseumKL

Laksamana Hang Tuah! Satu nama besar dalam lipatan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Hulubalang raja Melaka. Hebat ilmu persilatannya dan hebat juga ketaatannya.

Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi lima bersaudara yang menjulang nama Melaka menjadi kerajaan yang disegani ketika itu.

Lima bersaudara yang dikatakan menyelamatkan bendahara Melaka dari serangan pengamuk. Dari sejak itu mereka berada dibawah pengawasan dan perlindungan bendahara tersebut. Dikatakan Bendahara Tun Perak.

Semasa kunjungan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah telah dicabar oleh seorang pahlawan Majapahit yang cukup hebat. Bukan sahaja gagah tetapi juga kebal.

Kekebalan yang datang dari senjata yang dimilikinya.

Dengan kebijaksanaan, Laksamana Melaka itu berjaya menewaskan pahlawan gagah Majapahit. Pahlawan itu tewas dengan senjata miliknya sendiri.

Dari insiden itulah Hang Tuah memiliki Taming Sari. Keris pahlawan Majapahit yang kecundang ditangannya.

Ada dikalangan ahli sejarah negara meragui keujudan Hang Tuah lima bersaudara. Seperti juga satu lagi karektor ‘Hang’ yang terkenal, puteri Hang Li Po.

Karektor Hang Li Po ialah anak Maharaja Cina yang dikirimkan ke Melaka untuk dijadikan isteri sultan Melaka ketika itu. 

Dibuat kajian, dibuat penyelidikan dan dibuat penelitian,  didapati tidak ada bukti bertulis tentang keujudan tokoh-tokoh hebat ini. Maknanya mereka ini tergolong didalam kategori mitos dan watak-watak didalam cerita dongeng orang Melayu sahaja.

Adakah benar Hang Tuah lima bersaudara dan juga puteri Hang Li Po ini karektor fiksyen?

“Takkan Melayu Hilang di Dunia” dikatakan terbit dari mulut Laksamana Hang Tuah. Kata-kata yang diterima pakai oleh orang Melayu sehingga kini. Melayu yang berasal dari kepulauan Melayu mahupun mamak dari benua kecil India.

Jika Hang Tuah tidak ujud siapa yang mengilhamkan slogan itu?

Ada juga pendapat mengatakan Hang Tuah dan tiga lagi ‘Hang’ bukan orang  Melayu. Mereka berasal dari Tanah Besar Cina.

Mereka berhijrah ke Melaka mengikuti rombongan puteri Hang Li Po yang dihantar ke Melaka untuk menjadi isteri sultan Melaka. Sebagai tanda hubungan baik kerajaan Cina (dikatakan dari dinasti Ming) dan kerajaan Melaka.

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu merupakan wakil kerajaan Ming yang dihantar ke Melaka untuk melindungi puteri Cina dan juga mempertahankan kerajaan Melaka itu sendiri dari ancaman luar.

Hulubalang-hulubalang ini merupakan anugerah maharaja Cina kepada sultan Melaka. Dan mereka memberikan ketaatan yang tidak berbelah-bagi kepada tuan baharu mereka.

Cuma Hang Kasturi sahaja yang berasal dari orang tempatan. Don’t know why dia diterima menjadi ahli kelima kumpulan ‘Hang’ ini.

Dikatakan dari rombongan ini asalnya keturunan baba dan nyonya Melaka.

Ada benar riwayat ini?

Ada pihak yang menyatakan Hang Tuah ujud dan memang berasal dari bangsa Melayu dan mereka terus mencari bukti untuk membuktikan kewujudannya.

Ada pihak yang menyatakan Hang Tuah berasal dari Cina. Datang ke Melaka menyertai rombongan perkahwinan puteri Hang Li Po. Baba dan nyonya Melaka berasal dari rombongan ini.

Ada pihak yang menyatakan Hang Tuah cuma ujud dalam mitos orang Melayu. Tidak ada rujukan bertulis atau bukti kukuh kewujudan karektor-karektor ini.

Nantinya mungkin ada pihak yang menyatakan Hang Tuah berasal dari benua kecil India. Kerana ada juga bendahara Melaka yang dikatakan berasal dari keturunan mamak dari benua itu. Tidak silap rasanya Tun Mutahir dan panggilan manjanya mamak bendahara. Kalau tak silap kami!

Kenapa orang melayu Pulau Mutiara tidak menyebut kamu atau awak tetapi ‘hang’? Hang pi mana?

Melayu, Cina, India atau mitos. Kita 1Bangsa 1Malaysia!

Tetapi ada satu ‘Hang’ yang rasanya semua lapisan rakyat Malaysia kenal. Tiap-tiap hari masuk TV. Setiap kali siaran berita kita diingatkan kepada ‘Hang’ ini.

Hang mana? Hang Seng! Bursa Hong Kong. Amekaw!

So….. ya Allah ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan kelupaan, dengan berkat rahmatMu. Ya Allah, tambahkanlah ilmu kami dan kurniakanlah kepada kami kefahaman dengan berkat rahmatMu juga. Amin.

Wassalam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dikatakan Hang Tuah belayar ke Majapahit untuk bertemu dengan Ratu Majapahit. Hang Tuah dikatakan dapat menewaskan Taming Sari dihadapan Ratu Majapahit dan Patih Gajah Mada. Selepas itu, keris Taming Sari menjadi milik Hang Tuah.

Tetapi siapakah Patih Gajah Mada yang ditemui oleh Hang Tuah? Patih Gajah Mada dikatakan sudah meninggal dunia ketika pemerintahan Hayam Wuruk pada tahun 1364. Patih Gajah Mada meninggal ketika berusia 74 tahun. Hang Tuah dikatakan hanya lahir pada tahun 1444. Jika Patih Gajah Mada masih hidup ketika Hang Tuah lahir, dia sudahpun berusia 154 tahun ketika itu.

Mahapatih terakhir kerajaan Majapahit ialah Tuan Kanaka. Tuan Kanaka meninggal pada tahun 1430. Ketika Tuan Kanaka meninggal, Hang Tuah masih belum lahir lagi. Yang menjadi persoalan kini ialah siapakah yang sebenarnya ditemui oleh Hang Tuah?

Sultan Mansur Shah dikatakan memerintah di antara tahun 1456 hingga 1477. Ratu Majapahit yang memerintah sezaman dengan Sultan Mansur Shah ialah Suraprabhawa (1466 hingga 1477). Adakah Suraprabhawa Ratu Majapahit yang ditemui oleh Hang Tuah?

Ataupun jika Patih Gajah Mada benar-benar wujud pada di antara tahun 1290 hingga tahun 1364, siapakah sebenarnya Hang Tuah?

Hang Tuah memang wujud. Tetapi Hang Tuah ialah Orang Asli. Lebih tepat lagi, Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935).

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Pendapat Hang Tuah ialah Orang Asli juga boleh ditemui dalam Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London (Skeat, W.William and C.O. Blagden, 1906).

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India