Bismillah.
Assalamualaikum.
Daging atau ayam? Beef or chicken?
Pilihan kami hari ini adalah daging atau nama komersialnya beef. Semestinya daging lembu dari Pusat Fidlot Corporation Gemas.
Terkini dilaporkan, projek penternakan lembu fidlot membina pasar di Singapura dan akan melakukan perkara yang sama di Indonesia kerana pasaran tempatan adalah sangat kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran mereka.
Justifikasinya, itu satu keperluan memandangkan mereka akan menghasilkan 78,000 tan daging lembu menjelang 2015 apabila pusat penyembelihan mula beroperasi. Pengeluaran itu dikatakan adalah lebih daripada keperluan rakyat Malaysia.
Pusat Fidlot itu menyuarakan juga bahawa mereka berniat untuk menyokong penternak tempatan dan mengembangkan pasaran daging lembu Malaysia. Iaitu dengan membeli daripada petani dan menjualnya kepada masyarakat di seluruh dunia.
Jom kita kita perhatikan harga daging lembu ketika ini.
Daging kerbau impot dari India RM11.89/pek atau RM13.21/kg.
Daging lembu impot dari Australia RM25.40/kg.
Daging lembu tempatan RM26.90/kg.
Itu adalah sewaktu harga “Tawaran Hebat membantu anda lebih berjimat!” yang kami ambil/terima dari flyer sebuah pasaraya yang kerap dikunjungi.
Daging lembu impot dari Australia RM1.50/kg lebih murah dari daging lembu tempatan. Hmmm…..
Diwaktu ini pengeluaran dari pusat itu dilaporkan adalah jauh lebih rendah dari paras yang disasarkan dengan dana yang diamanahkan kepada mereka diberitakan diuruskan dengan cara yang tidak sepatutnya.
“Menjelang 2015” bukanlah satu jangkamasa yang lama. Lebih kurang 3 tahun sahaja. Apa yang boleh atau akan pengurusan pusat ini lakukan untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan diamanahkan kepada mereka?
Adakah benar projek berkenaan masih lagi berada di landasan yang betul bagi mencapai sasarannya seperti yang dinyatakan?
Wallahualam.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon sebab-sebab untuk mendapat kerahmatanMu dan keazaman yang banyak untuk mendapat keampunanMu. Kami memohon ya Allah keuntungan dari segala kebaikanMu dan keselamatan dari segala jenis dosa. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan