DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Julai 08, 2012

BSK 305. Pak Tam Kopitiam Chinese Muslim Food

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami sekeluarga ke Pak Tam Kopitiam di 52G Persiaran S2B2, Lake View Square S2 malam tadi. Minggu ini korum mencukupi. Anak-anak semuanya ada kat rumah.

Pak Tam, tuanpunya tempat makan ni dah mula membuat promosi untuk bulan Ramadan. Promosi ‘Chinese Muslim Food’.

Sebelum kesana kami dah menalipon dulu. Pak Tam sendiri yang menjawab. Nak tanya jika promosi Ramadan, mulanya pada bulan Ramadan atau dah dibuka pada bulan Syaaban. Nak juga kami sekeluarga cuba, try dan test dulu.

Alhamdulillah, dah boleh dicuba katanya.

Nak cerita dulu pasal promosi yang kami nak cuba, try dan test tu. Ada 3 set yang ada untuk pilihan.

  • Sifu Set A (3–5 orang) - RM58
  • Sifu Set B (5–7 orang) - RM115
  • Sifu Set C (7-10 orang) – RM195

Memandangkan bilangan kami setengah dozen, makanya kami pilih Sifu Set B. Hmm…..

DSC00068

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada 3 pilihan ikan:

  • Ikan Sichuan atau
  • Ikan Kukus Ginseng atau
  • Ikan Hongkong Style

Setelah ditanya camno ikan-ikan tu disediakan, kami sekeluarga pilih Ikan Hongkong Style. Kerana dikatakan ada pedas-pedas sedikit masakan tu. Ikan kerapu, kepalanya besar.

DSC00067

 

 

 

 

 

 

 

 

Sizling Tauhu

DSC00069

 

 

 

 

 

 

 

 

Kailan Special

DSC00064

 

 

 

 

 

 

 

 

Udang Butter Basah

DSC00065

 

 

 

 

 

 

 

 

Ayam Lemon

DSC00066

Tom Yam Sup

Lauk-lauk yang dipilih boleh dinikmati dengan 2 pilihan nasi:

  • Nasi Putih atau
  • Nasi Ayam

Untuk Sifu Set B yang kami cuba, try dan test tu ada 6 jenis lauk. Sifu Set A ada 4 jenis dan Sifu Set C pula ada 8.

Melihat kepada harga yang ditetapkan berkemungkinan ada yang akan berkata agak mahal dan mungkin juga sebaliknya.

Memandangkan harga barangan keperluan ketika ini sememangnya mahal, pada kami harga itu subjektif.

Walauapapun, malam tadi, terus terang kami katakan memang kami sekeluarga puas hati. Setiap lauk memang sedap dan boleh dikatakan banyak. Memang kenyang kami sekeluarga. Sampai boleh bungkus bawa balik udang butter dan tom yam sup. Hmm…..

Cumanya, tak podeh!

Kami bukan nak promosi tempat makan ni. Tak dapat apa pun. Tak kenal pun tuanpunyanya. Cuma kami sekeluarga suka dengan masakan tukang masaknya.

No2212 Jika tidak salah kami (rasanya tak salah), tukang masak di kopitiam ini ialah saudara Mohd Sultan Abdullah. Berumur 70an.

Beliau dikatakan pernah memasak untuk Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Kami mula menikmati masakan beliau semasa beliau berkhidmat di Restoran 4U2Eat di Oakland. Rasanya nama restoran tu le namanya, dah lama dulu. Sekarang ni dah digantikan dengan Saypool.

Memang OK!

Cuba, try dan test dulu. Mungkin suka masakan kat sana. Dah tua-tua makan pedas-pedas sangat pun boleh meragam perut tu.

No2211

Tempatnya pun bersih.

Ada meja kayu dan ada yang jenis marmar. Kedua-duanya kerusi jenis stool.

Sebenarnya gambar ni sahaja yang dapat kami ambil malam tadi. Handphone habis bateri.

Gambar lauk-lauk yang kat atas tu ehsan dari kamera handphone abang.

Tu sebab tak ada gambar meja jenis marmar kat dalam kedai tu. Gambar sebelah tu meja kayu kat kaki lima kedai. Kami duduk kat meja macam ni. Sebelah meja tu je.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kepada kami rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India