Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini hari pertama kita berpuasa. Malam tadi dah mula bertarawih. Dah mula bersahur pun sebelum masuk waktu subuh tadi.
Kali ini nak cerita pasal isu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Penting isu ini pada kami. Melibatkan kami seisi keluarga ni.
Isunya.
55 atau 60!
Isu pengeluaran KWSP pada usia 60 tahun itu timbul susulan pembentangan Rang Undang-undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada bulan lalu yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun, berkuat kuasa Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dilapor berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung had umur pengeluaran caruman KWSP.Ketika ini, caruman KWSP boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 55 tahun.
Cuba kita fikir-fikirkan kenyataan Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, mengenai cadangan itu:
"Kita perlu melihat tiga kategori pekerja iaitu berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Biasanya pekerja berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang dan pinjaman sebelum bersara.
"Ada yang menggunakan wang persaraan untuk pendidikan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kami sebenarnya kureng dengan ide penukaran umur persaraan dari 55 ke 60 tahun ini.
Pada kami sistem sediada telah cukup molek.
Tepat 50 tahun keluarkan 1/3 dari caruman. Tepat 55 tahun kita pencen dan keluarkan kesemua simpanan.
OK kan!
Pada kami usia 55 tahun cukup sesuai untuk bersara. Umur yang masih boleh menikmati kehidupan bersama pasangan. Setelah sekian lama berpenat lelah mencari rezeki, membina keluarga dan membantu ibu-bapa.
Katakanlah, kita berumahtangga pada umur 25 tahun. Dua tahun pertama mantapkan keharmonian dan kedudukan kewangan.
Katakan dapat anak selang 2 tahun;
- umur 27 tahun dapat anak sulong.
- umur 29 tahun anak ke2
- umur 31 tahun anak ke3
- umur 33 tahun anak bongsu
Bila umur 50 tahun:
- anak sulong berumur 23 tahun
- anak ke2 berumur 21 tahun
- anak ke3 berumur 19 tahun
- anak bongsu berumur 17 tahun
Bila berumur 55 tahun:
- anak sulong berumur 28 tahun
- anak ke2 berumur 26 tahun
- anak ke3 berumur 24 tahun
- anak bongsu 22 tahun
Keluaran 50 tahun boleh membantu sedikit sebanyak anak-anak yang sedang menuntut di IPT. Seiring dengan saranan Setiausaha Agung CUEPACS.
Keluaran caruman 55 tahun untuk pekerja dan pasangannya.
Peranan anak-anak amat penting pada ketika itu. Begitu juga perancangan pemerintah mengenai dasar pekerja.
Pada kami, bila pekerja bersara pada usia 60 tahun ianya menyempit peluang anak-anak muda mendapatkan pekerjaan.
Kemampuan dan prestasi pekerja berusia 55 tahun keatas tidak akan dapat menyamai kemampuan dan prestasi anak-anak muda.
Biarlah anak-anak pula membina keluarga dan serba sedikit membantu ibu-bapa.
Biarkanlah 55. Biarkan roda kehidupan berputar dengan selesa.
Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu daripada keluh-kesah dan dukacita, kami berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas, kami berlindung kepadaMu daripada penakut dan kedekut, kami berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kekerasan orang. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan