DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Julai 17, 2012

BSK 309. Selamat menerima Ramadhan 1433H

Bismillah.
Assalamualaikum.

No2218

Ramadhan 1433H semakin hampir. Orang putih kata just round the corner.

Adakah Rejab dan Syaaban sudah memungkinkan kita untuk memberikan yang terbaik untuk Ramadhan? Sudah cukupkah latihan yang kita lakukan di dua bulan tersebut? Di bulan Allah dan bulan Rasul-Nya!

Cukup atau sebaliknya, Ramadhan 1433H, insyaAllah akan kita sambut samada hari Jumaat, 20/07/2012 atau Sabtu, 21/07/2012. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan adalah pada hari Khamis, 19/07/2012 ini.

Tak kisah bila puasa bermula, tetapi kita mesti sedaya upaya mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang mengurangkan atau merosakkan pahala puasa kita.

Banyak sangat perkara yang boleh merosakkan pahala puasa. Contoh mudah, terbohong dan terumpat. Kekadang kita terlupa kita berpuasa. Sedap berborak dan berbual secara tidak sengaja kita melakukannya. Jagailah lidah kita dan cubalah-cubalah kita berkata yang baik-baik sahaja. Kalau rasanya tak boleh, kita diam. Lebih baik berusaha perbanyakkan berzikir. 

Kekang sikap boros. Orang boros saudara syaitan. Berpada-pada bila berbuka. Nanti secara tak sengaja kita dapat title saudara syaitan.

Berkata tentang syaitan, bulan Ramadhan puak-puak ni kena tahanan reman. Sepatutnya kita dapat beramal dan beribadah dengan penuh khusuk dan ikhlas. Tetapi kenapa kita masih tidak dapat memberi 100% effort kita pada bulan yang penuh berkat ini.

Nafsu masih ada bersama kita. Saki baki sikap-sikap tak manis masih melekat kat sana. Walaupun syaitan dah dalam tahanan reman mungkin bisikannya masih melekat dan terdengar-dengar oleh nafsu kita.

Nafsu ini agak sukar untuk dikekang bila tiba penghujung Ramadhan. Kita semua pun sedia faham kenapa. Tak payah nak dielaboratekan. Tapi cuba-cubalah kita elakkan tradisi atau adat kita itu.

Jangan tinggalkan tarawih. Tarawih cuma dijumpai pada bulan Ramadhan sahaja. Bulan lain tak ada. 

Ramadhan sinonim dengan Al-Quran. Ramadhan bulan diturunkan Al-Quran. Perbanyakkan membaca Al-Quran. Mentaddabur dan mengamalkan ayat-ayatnya dalam kehidupan kita.

Pak-pak ustaz selalu mengingatkan, carilah Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Malam yang terlebih baik dari seribu bulan. perlu diingat kita perlu mencari bukannya menanti malam itu. Cari-carilah.

Berqiamullail, bertaubat, bersekah, memberi makan pada orang berpuasa dan banyak lagi yang boleh dilakukan pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Kita perlu membuat yang terbaik. Dengan ikhlas dan mengikut sunah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau melindungi kami daripada kejahatan pendengaran kami, pandangan kami, pertuturan kami, hati kami dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India